OKU antara 5 didakwa lakukan rompakan berkumpulan

OKU antara 5 didakwa lakukan rompakan berkumpulan

OKU antara 5 didakwa lakukan rompakan berkumpulan
Lima lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang terhadap seorang lelaki, awal bulan ini. – Foto NSTP/ FAIZ ANUAR

KLANG: Lima lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang, awal bulan ini.

Tertuduh M Linggeshwaran, 23; P S Tamil Kumaran, 38; G Siva, 33; R Thamilarasan, 33 dan S Nagen, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang terhadap harta seorang lelaki berusia 54 tahun iaitu pelbagai patung berhala dengan anggaran nilai RM74,500.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Jagong, Pandamaran, Pelabuhan Klang pada jam 6.16 pagi, 3 Oktober lalu.

Justeru mereka melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal


Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Annur Athirah tidak menawarkan sebarang jaminan selepas mengambil kira keseriusan jenayah bersenjata yang dilakukan kumpulan berkenaan selain ia turut mendapat perhatian awam.

Bagaimanapun, ketiga-tiga peguam yang mewakili tertuduh memohon budi bicara mahkamah dan memberikan jamin munasabah terhadap kelima-kelima tertuduh dengan alasan mereka masing-masing mempunyai tanggungan sama ada ibu bapa, isteri, anak dan adik beradik.

Kesemua tertuduh juga bekerja sebagai pengawal keselamatan, kelindan lori dan penghantar barang sambilan dengan pendapatan antara RM30 sehari hingga RM2,000 sebulan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik


Peguam Loges Kesavan turut menekankan bahawa Tamil Kumaran adalah pemegang kad OKU yang mana mata kanannya buta selepas terbabit dalam kemalangan pada 2012 selain menjaga isteri yang menghidap kanser perut.

Bagaimanapun, Annur Athirah kemudian memohon jaminan yang tinggi berjumlah RM50,000 dikenakan kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan jika mahkamah ingin memberikan jaminan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 kepada setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri ke balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Januari 2025.

Media sebelum ini melaporkan 10 individu termasuk seorang wanita ditahan disyaki terbabit dalam jenayah pecah masuk rumah seorang ahli perniagaan di Pandamaran, Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata semua suspek berusia 23 hingga 46 tahun itu ditahan di Mantin, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang.

Beliau dilaporkan berkata, modus operandi kumpulan itu dengan mengenal pasti rumah yang mudah untuk dipecah masuk dan mereka juga mempunyai sistem jenayah terancang serta profesional.

OKU antara 5 didakwa lakukan rompakan berkumpulan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker