Tak sempat jual 44 ekor kambing seludup

Oleh – Syeikh Baran

Tak sempat jual 44 ekor kambing seludup

Hajat dua lelaki untuk mengaut keuntungan hasil jualan 44 ekor kambing seludup tidak kesampaian selepas lori dinaiki mereka yang membawa kesemua haiwan itu ditahan di Kampung Repek, di sini semalam.



Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 55 tahun itu dicekup kira-kira pukul 12.30 tengah malam semasa anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas menahan sebuah lori jenis Daihatsu selepas melihat ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai 44 ekor kambing dengan anggaran berat lebih 2.2 tan.

“Kesemua haiwan ternakan itu dipercayai diseludup dari Thailand apabila ia tiada sebarang dokumen yang sah.

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek disyaki menjadi penghantar kepada kambing-kambing seludup itu ke pasaran tempatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Nik Ros Azhan memberitahu, keseluruhan rampasan termasuk lori dinaiki kedua-dua suspek dianggarkan bernilai RM55,000.

Menurutnya, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal Jeram Perdah di sini untuk tindakan lanjut.

“PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker