Hunus pisau pada pegawai kerana amaran ketum

Oleh – Syeikh Baran

Hunus pisau pada pegawai kerana amaran ketum

Seorang penjaja di Pattaya menghunus sebilah pisau dan cuba menyerang anggota majlis perbandaran selepas dia diberi amaran tentang larangan penjualan arak dan jus ketum di pantai, lapor portal berita The Pattaya News.



Insiden itu berlaku sekitar pukul 12.36 pagi (waktu tempatan) semalam.

Anggota majlis perbandaran itu, Chalermphon Aekkanee, 43, memberitahu wartawan The Pattaya News bahawa dia dikejar dan diugut oleh seorang penjaja lelaki dengan pisau.

Penjaja itu berbuat demikian selepas dia diberi amaran bahawa adalah haram menjual arak dan jus ketum kepada pengunjung pantai.

Chalermphon kemudian melaporkan serangan itu kepada polis.

Suspek kemudiannya ditahan dan berdepan tindakan undang-undang. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker