Kempunan dapat wang judi RM50,000

Oleh – Syeikh Baran

Kempunan dapat wang judi RM50,000

Seramai 19 warga asing termasuk 10 wanita bukan sahaja gagal menang wang taruhan berjumlah lebih RM50,000 malah ditahan polis dalam serbuan Op Dadu di kawasan Taman Nusa Bestari, di sini pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan pada 3 pagi itu berusia lingkungan 24 hingga 55 tahun.

Katanya, kumpulan itu baru seminggu menjalankan kegiatan judi itu di premis rumah kedai dua tingkat bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat serbuan ke premis rumah kedai di tingkat dua yang menjalankan kegiatan judi jenis black jack.

“Semasa serbuan dilakukan, seorang suspek bertindak melarikan diri melalui tingkap bahagian belakang premis dan mengalami kecederaan retak di bahagian buku lali kaki kiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.



Dalam serbuan itu, polis merampas 52 keping kad daun terup, tiga kotak daun terup dan wang tunai RM52,808 disyaki wang taruhan.

Kumarasan berkata, suspek yang cedera itu telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan.

Katanya, turut ditahan dalam serbuan itu ialah pasangan kekasih yang merupakan penganjur kegiatan judi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas dan permit yang sah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker