Wanita tular mengamuk, enggan alih kenderaan disiasat polis
Oleh – Syeikh Baran
Polis menyiasat video tular tindakan seorang wanita membuat kecoh selepas enggan mengalihkan kenderaan dalam kejadian di Stesen Minyak Hillpark Saujana Utama, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11.36 malam, semalam.
Katanya, seorang lelaki berusia 24 tahun bekerja sebagai penyelia stesen minyak memaklumkan, kejadian tersebut berlaku pada pukul 7.50 petang.
“Wanita tersebut tiba di lokasi menaiki sebuah kereta sebelum meletakkannya di belakang kenderaan lain. Tindakan itu menyebabkan kenderaan lain gagal untuk keluar.
Jelas beliau, ekoran itu berlaku kekecohan antara wanita tersebut dengan pelanggan stesen minyak.
“Wanita tersebut bertindak menyerang pelanggan dengan menggunakan sebatang buluh tetapi berjaya dihalang orang awam,” katanya.
Jelasnya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sumber – KOSMO! ONLINE.
You must be logged in to post a comment.