Na’imah gagal tangguh sementara perintah bayar RM313.82 juta kepada LHDN

Oleh – Syeikh Baran

Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar RM313.82 juta kepada LHDN

Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya beliau membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Shahnaz Sulaiman, melalui penghakiman bertulis yang dikeluarkan hari ini, membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan berkenaan.

Na’imah memfailkan permohonan untuk mengekalkan status quo dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan berhubung dakwaan LHDN bahawa beliau tidak menjelaskan cukai taksiran bernilai RM313.82 juta.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker