Sindiket seludup rokok guna kilang usang sebagai stor

Oleh – Syeikh Baran

Sindiket seludup rokok guna kilang usang sebagai stor

Sindiket penyeludupan rokok putih dikesan menggunakan bangunan tinggal yang dipenuhi semak samun sebagai stor penyimpanan bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa.



Bagaimanapun, modus operandi itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak dalam serbuan di sebuah kilang di Changkat Jering, Taiping pada pukul 7.05 petang pada Khamis lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama dengan nilai termasuk duti dan cukai berjumlah RM808,562.50 disita.

Katanya, serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM itu dibuat selepas risikan dijalankan di premis tersebut dalam tempoh sebulan.

“Pemeriksaan mendapati peket rokok yang disita itu tidak mempunyai pelekat setem cukai selain tiada maklumat berkaitan pengimport.



“Berdasarkan siasatan, rokok itu untuk pasaran tempatan. Siasatan dijalankan bagi mengetahui dari mana rokok itu diperoleh sama ada melalui pintu masuk sah di pelabuhan atau perairan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Perak di Taman Meru 2B, di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghafar, kilang yang digunakan sebagai stor penyimpanan itu terletak di kawasan perindustrian di mana bangunan tersebut telah lama ditinggalkan dengan tiada bekalan elektrik.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker