Kerajaan Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
Tidak perlu tunggu gaji minima RM3K untuk laksana GST.
Anwar pemimpin lemah umpama Mahathir takut DAP jika tidak laksana GST.
Laksana sahaja GST tanpa tunggu gaji minima RM3,000.
Usah beri syarat pada kebaikan.
Dulu hapus GST ketika Mahathir jadi PM, negara merana aset tergadai hutang bertambah.
Mahathir tahu GST bagus tapi dia jadi PM parti minoriti maka terpaksa kena cucuk hidung hapus GST ikut kehendak DAP.
Polisi DAP mahu untung syarikat puak dia dari sst supaya tidak di GST kan kerana tidak boleh dimanipulasi perkiraan bayar cukai.
Sistem cukai lapuk SST boleh di manipulasikan.
PAP perintah Singapura pun amal GST.
Begitu juga Indonesia dan Thailand.
Malaysia satu satu negara didunia sudah laksanakan GST tapi mansuh semula.
Ini kerana DAP mahu popular dikalangan kaum mereka.
Mahu jadi hero.
Buat apa serah untung kepada orang? Itu dasar nya.
Mahathir akur sebab beliau PM yang kena cucuk hidung
Jawatan Menteri MoF pun Mahathir terpaksa serah kepada DAP .
Jawatan Peguam Negara pun sama.
Begitu lah kelemahan dan kesilapan akibat ketagih hendak jadi PM walau kerusi sikit.
Sebagai Perdana Menteri Anwar harus fikir yang terbaik tanpa syarat.
Beri syarat hanya mahu laksana GST apabila gaji minimum cecah RM3,000 satu syarat tidak munasabah dan seolah olah syarat tidak mahu laksanakan.
Negara negara intelek dan tidak intelek laksana GST tanpa syarat gaji minimum.
Kerana keutamaan adalah kepentingan negara dulu diutamakan.
Indonesia begitu mudah laksanakan GST tanpa bantahan dari ratusan juta rakyat sebab tidak ada parti seperti DAP menghasut dengan lagu ABCD GST.
Begitu juga 170 negara diseluruh dunia.
Negara seperti Papua New Guinea yang rakyat ada yang masih bercawat pun sudah laksana GST.
Semua negara yang Anwar banga buat lawatan pun sudah laksana GST.
Mudah sahaja, perkiraan nya jika laksana GST ia itu negara ada pendapatan lebih dan tidak perlu sedut hasil PETRONAS seperti PH 1.0 bawah Mahathir.
Aset pun tidak perlu digadai.
Hutang negara tidak bertambah.
Ramai syak Anwar akan tunduk kepada tekanan DAP supaya tidak laksana GST.
Kepada DAP GST menyusahkan peniaga pro mereka.
Kini tanpa GST banyak pulscukai lain dicipta.
Bermakna kutipan SST tidak mencukupi untuk keselesaan pertambahan populasi yang makin mencecah 35 juta.
Bahkan SST lagi tinggi 16% cuma tidak nampak dalam resit untuk nyanyi lagu ABCSST.
Jika negara kaya dan wang cukai GST tidak diseleweng ia boleh diguna untuk bantu rakyat seperti Najib Razak cipta BRIM.
Kali terakhir GST dikutip oleh pentadbiran Najib dimana peniaga kiasu tidak dapat tipu adalah RM42 bilion.
Itu pun belum sepenuh nya.
Apa guna peniaga kiasu kaya raya beli hartanah tiap tahun sebab lari cukai tapi kerajaan hanya jarah duit PETRONAS?
Lihat lah housing estate baru dengan bersepah iklan logo kuning hendak sewakan shophouse
Itu lah wang ekses dari manipulasi elak cukai SST.
Beli aset tidak ada orang beli pun tidak mengapa.
Apabila ada GST ia berkurangan sebab GST tidak boleh ditipu.
Rakyat jangan jadi bodoh terhasut.
Ada beratus barang harian keperluan tidak kena GST.
Yang kena pun 6% .
Apa guna tiada GST tapi ada SST 16% dan 6 cukai baru?
Dimana bijaksana?
Cuma tidak nampak diresit sahaja , tapi sudah kena cukai dalam senyap.
Ayuh Anwar, ikut 170 negara jangan ikut kehendak parti tertentu dan jangan beri syarat gaji minimum sudah RM3000 baru hendak implement GST.
Malaysia sudah jadi ketua ASEAN dan bakal sertai BRICS, apa standard masih dengan cukai lapuk ketinggalan zaman.
Tiada taukey restoren hendak bagi 5 staff gaji RM3000?
PM Anwar perlu realistik.
Fikirkan lah.
You must be logged in to post a comment.