Carlos harap dodgeball dipertandingkan di Sukan Sea 2027

Carlos harap dodgeball dipertandingkan di Sukan Sea 2027

Kuala Lumpur: Pemain kebangsaan dodgeball negara, Carlos Goonting berharap agar sukan itu akan dapat dipertandingkan di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur, 2027.
CARLOS menegaskan bahawa mutu permainan dodgeball di negara ini sudah bertaraf dunia. FOTO Ihsan Turo Thunder Throw

Kuala Lumpur: Pemain kebangsaan dodgeball negara, Carlos Goonting berharap agar sukan itu akan dapat dipertandingkan di temasya Sukan Sea Kuala Lumpur, 2027.

Carlos yang ditemui sempena Kejohanan dodgeball Turo Thunder Throw 2024 yang berlangsung di pusat beli-belah di ibu negara bersempena Hari Sukan Negara (HSN) hari ini berkata, beliau yakin Malaysia mampu untuk membawa pulang emas sekiranya dodgeball dipertandingkan di temasya dwi tahunan itu.

Mewakili pasukan Anak Malaya yang menamatkan cabaran di tempat ketiga, Carlos menegaskan bahawa mutu permainan dodgeball di negara ini sudah bertaraf dunia dan buktinya Malaysia sudah bergelar juara dunia tiga kali yang kali terakhir diraih pada 2022 yang lalu.

“Saya pasti, tiada masalah untuk kita membawa pulang emas jika sukan ini dipertandingkan di Sukan Sea ataupun Asia.

“Kalau boleh kita nak dodgeball dipertandingkan di peringkat tertinggi kerana memang tak ada masalah untuk kita berikan cabaran. “Harapan saya sebagai pemain saya nak dodgeball ini kompetitif di semua peringkat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Paymaster Ustaz Sophian?


Malaysia mempunyai reputasi cukup tinggi dalam sukan dodgeball memandangkan skuad negara kini berada di ranking ke-16 dunia secara keseluruhan dan lebih menonjol dalam kategori foam apabila skuad lelaki negara berada di kedudukan nombor satu dunia.

Mengulas mengenai penganjuran yang julung kali diadakan di dalam pusat membeli belah itu, Carlos berkata, festival seperti ini ia adalah inisiatif yang bagus untuk mengembangkan sukan dodgeball di Malaysia.

“Bila ada banyak penganjuran seperti ini kita akan banyak pasukan dan ramai lagi tahu mengenai sukan ini. Jadi, sukan ini akan berkembang dari semasa ke semasa,” katanya.

Perlawanan akhir Turo Thunder Throw menyaksikan pertempuran membabitkan pasukan Blitz menentang Aces dengan kemenangan memihak kepada Blitz 5-4.

Turo Thunder Throw 2024 adalah kejohanan dodgeball yang buat julung kalinya diadakan dengan objektif untuk mempromosikan sukan berkenaan kepada rakyat Malaysia dan menjadi medan pemain kebangsaan mempamerkan bakat masing-masing serta menjadi ikon kepada bakat muda.

Diadakan selama dua hari dari 12 hingga 13 Oktober 2024 dan bersempena dengan Hari Sukan Negara (HSN) 2024.

 

Carlos harap dodgeball dipertandingkan di Sukan Sea 2027

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker