Beri sepenuh perhatian, ikut perancangan yang diatur – Vicente
Beri sepenuh perhatian, ikut perancangan yang diatur – Vicente
Kuala Lumpur: Di atas kertas, skuad Harimau Malaya bakal menempuh satu lagi ujian berliku apabila turun menentang pasukan di ranking 95 dunia, New Zealand dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, esok.
Bukan saja perlu berdepan pasukan di ranking 100 dunia terbaik, malah majoriti pemain utama skuad All Whites beraksi bersama kelab-kelab terkemuka Eropah, sekali gus menandakan kualiti yang ada pada tuan rumah itu.
Menurut pengendali negara, Pau Marti Vicente, anak buahnya perlu memberi sepenuh perhatian dan mengikut perancangan yang sudah diatur.
“Saya fikir ia satu perlawanan yang sukar di mana kebanyakan pemain mereka beraksi di Eropah di liga-liga utama dan New Zealand juga lebih banyak menentang pasukan di luar.
“Jadi sudah tentu motivasi mereka tinggi dan mahukan kemenangan di sini dan menang ke atas kita. Jadi kita perlu benar-benar bersedia untuk aksi esok,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
Berdasarkan rekod pertemuan, Malaysia hanya mampu menang dua kali daripada 12 perlawanan sejak 1967 dengan kali terakhir bertemu pada 2006 yang menyaksikan skuad negara tumbang 0-1 dan 1-2 dalam dua perlawanan persahabatan di Christchurch dan Auckland.
Kemenangan terakhir skuad Harimau Malaya ke atas lawan yang sudah dua kali melayakkan diri ke pentas Piala Dunia pada 1982 dan 2010 itu adalah pada 1999 lalu selain kemenangan pertama diraih pada tahun 1980.
Ujar Vicente lagi, jika pasukan negara mampu memadam badi selama 25 tahun tanpa kemenangan itu sudah tentu ia akan melonjakkan keyakinan anak didiknya untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia 2027 nanti.
“Kalau pasukan di ranking 130 seperti kita dapat raih keputusan yang baik, sudah tentu ia menaikkan motivasi kita untuk terus meningkat di masa depan,” katanya.
Beri sepenuh perhatian, ikut perancangan yang diatur – Vicente
Beri sepenuh perhatian, ikut perancangan yang diatur – Vicente
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?
You must be logged in to post a comment.