Terima deposit RM70,000 tanpa lesen, pengurus tokong didakwa di mahkamah

Terima deposit RM70,000 tanpa lesen, pengurus tokong didakwa di mahkamah

Terima deposit RM70,000 tanpa lesen, pengurus tokong didakwa di mahkamah
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus tokong didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen berjumlah RM70,000 pada Januari hingga Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sum Lai Yoong, 53, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menerima deposit daripada pemilik perniagaan sabun tangan, Heah Sock Mee, 44, berjumlah RM70,589.79 tanpa lesen sah mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pusat beli-belah di Taman Mutiara Barat, Cheras, dekat sini antara 12 Januari hingga 6 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Luqman Zainal yang mewakili Lai Yoong merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menyara ibu sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan menetapkan 13 November ini bagi sebutan semula kes.

 

Terima deposit RM70,000 tanpa lesen, pengurus tokong didakwa di mahkamah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker