Tak peduli ‘pak guard’, lelaki selamba memancing di The Mines

Oleh – Syeikh Baran

Tak peduli ‘pak guard’, lelaki selamba memancing di The Mines

Tindakan seorang lelaki memancing di sebuah kompleks beli-belah The Mines, Seri Kembangan mencuri perhatian orang ramai.



Menerusi perkongsian video di TikTok Hanz Azkhan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku, Ahad lalu.

Berdasarkan video berdurasi 55 saat itu, individu tersebut dilihat dengan selamba memancing di dalam kompleks terbabit meskipun sudah ditegur oleh pengawal keselamatan.

Usahanya itu kemudian meraih perhatian daripada pekerja restoran serta pengunjung yang berada berhampirannya.

Bagaimanapun, individu itu dilihat tidak berjaya menangkap sebarang ikan meskipun sudah mencuba beberapa kali di lokasi berbeza.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat individu berkenaan.



“Dia punya hati kering memang tak boleh bawa bincang. Pak guard pun pening nak buat apa dengan engkau,” ujar Hanz di ruangan kapsyen.

“Ini baru ‘fighter’ sebenar. Kumpau belakang kira,” kata Mar.

“Kat tasik belakang pun tak boleh memancing, ini kan dalam The Mines. Hang memang berani,” jelas Zaleha.

“Mungkin abang itu dah lama kumpau. Mancing sungai tak dapat ikan, mancing kolam bayar pun kumpau. Bagi la abang itu rasa tarik ikan sekejap,” seloroh Irwan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker