Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis

Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis

Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis
Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di salah sebuah daripada dua premis berdasarkan aduan pencemaran bau kurang menyenangkan. – Foto Ihsan JAS

SUNGAI PETANI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengeluarkan notis terhadap dua premis di daerah ini berikutan pencemaran bau yang berulang.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menjalankan pemantauan pada 10 Oktober lalu berkaitan pencemaran alam sekitar berdasarkan aduan yang diterima di sekitar daerah ini mengenai bau kurang menyenangkan yang kerap pada lewat malam hingga awal pagi.

Beliau berkata, pemantauan dan siasatan dipergiatkan berikutan terdapat banyak aduan awam berkaitan pencemaran udara serta bau yang kurang menyenangkan pada waktu malam di sekitar Bukit Banyan dan Bukit Selambau, di sini.

“Pemantauan juga turut memberi fokus kepada semua kawasan industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar iaitu Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Taman Ria dan Kawasan Perindustrian PKNK.

“Premis terbabit adalah sebuah premis menghasilkan arang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dan sebuah premis kitar semula, di sini supaya premis terbabit menambah baik alat kawalan pencemaran udara dan meningkatkan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, kilang arang itu pernah diambil tindakan sebelum ini kerana tiada alat kawalan manakala premis kitar semula itu pula tidak pernah dikenakan tindakan tetapi berada di bawah pemantauan JAS Kedah.

Justeru itu, JAS Kedah mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru orang ramai untuk bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan http:/eaduan.doe.gov.my

Dua premis mengeluarkan pencemaran bau berulang diberi notis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker