Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

 

Azhani Marlan @ Abd Halim dan Mohd Hatta Sanuri telah mengambil tindakan sivil ke atas Anwar Ibrahim dan 3 menteri yang lain.

3 menteri tersebut adalah Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Ali dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.



Tindakan sivil itu adalah berhubung keputusan kerajaan menghapuskan subsidi diesel di Semenanjung Malaysia.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman menyasarkan keputusan kabinet pada 9 Jun untuk menghapuskan subsidi diesel di seluruh Semenanjung Malaysia.

Namun ianya tidak membabitkan negeri di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.

Pada hari berikutnya, harga diesel diapungkan dan mengikut kadar semasa pasaran pada RM3.35 seliter.



Harga semasa bagi diesel dijual pada harga RM2.15 seliter, RM1.20 kurang daripada kadar pasaran.

Azhani dan Hatta mendakwa pengguna jalan raya kini dibebani dengan caj tersembunyi sebanyak 40 sen seliter diesel yang dibayar kepada kerajaan.

Kedua mereka mendakwa bahawa ini disebabkan oleh cara Mekanisme Harga Automatik (APM) dilaksanakan.

Mereka mendakwa berdasarkan pengiraan mereka, pengguna jalan raya di Semenanjung akhirnya membayar lebih untuk diesel.



Dan mereka menuntut kerajaan memulangkan lebihan bayaran itu.

Kedua-dua mereka mendakwa dasar tidak logik, tidak rasional, tidak adil serta berat sebelah mencetuskan kesan domino kenaikan harga barangan.

Dan juga perkhidmatan yang akhirnya membebankan rakyat di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, janji Amir Hamzah bahawa harga barangan dan perkhidmatan tidak akan naik hasil daripada perubahan dasar itu dipersoalkan.



Sambil menunjukkan bahawa kesejahteraan ekonomi rakyat telah terjejas sejak pemansuhan subsidi.

Beberapa laporan berita kenaikan 25% dalam harga bahan binaan dan perkhidmatan lori juga disertakan.

Termasuk kenaikan harga barangan keperluan oleh industri restoran.

Kerajaan turut didakwa menyebabkan hak sama rata penduduk Semenanjung Malaysia dilanggar.



Dan mereka berakhir sebagai warga kelas kedua berbanding mereka di Sabah dan Sarawak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 29 Oktober untuk mendengar kes berkenaan.

 

Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker