Ten Hag yakin kekal di Man United walaupun penyudah tumpul

Ten Hag yakin kekal di Man United walaupun penyudah tumpul

Ten Hag yakin kekal di Man United walaupun penyudah tumpul
TEN Hag (kiri) memberi arahan kepada Fernandes ketika United seri 0-0 dengan Aston Villa di Villa Park, malam tadi. FOTO REUTERS

London: Erik ten Hag menegaskan dia masih mendapat sokongan daripada hierarki Manchester United selepas skuad bermasalahnya seri 0-0 di Aston Villa, malam tadi.

Ten Hag berjuang untuk mengelak dipecat selepas permulaan buruk United bagi kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, tetapi persembahan terakhir pasukan mungkin boleh mengubah nasibnya.

Bola sepakan percuma kapten, Bruno Fernandes terkena palang pada babak kedua dan hadangan Diogo Dalot menyelamatkan mereka daripada malapetaka selepas rembatan Jaden Philogene di hujung perlawanan.



Selamat menamatkan liga di tempat kelapan musim lalu – pencapaian terburuk mereka dalam liga sejak 1990 – United kini menduduki tempat ke-14 iga selepas hanya menang dua kali daripada tujuh perlawanan lima.

Malah, anak buah Ten Hag melalui lima perlawanan tanpa menang dalam semua kejohanan sejak membelasah kelab bahagian tiga, Barnsley di Piala Liga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.




Jumaat lalu, pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe enggan memberi jaminan mengenai kedudukan Ten Hag sambil menegaskan kelab itu tidak berada di tempat yang dia mahukan.

Bilionair Britain itu yang menyaksikan perlawanan di tempat duduk di Villa Park bersama beberapa penasihat serta bekas pengurus, sukar merasakan pengendali Belanda itu pilihan terbaik untuk mencipta kebangkitan semula United.

Namun, Ten Hag tetap yakin dia mampu mengubah keadaan selepas memenangi Piala FA musim lalu dan Piala Liga pada musim pertamanya menguruskan United.



“Kami sentiasa bercakap, kami berbincang setiap minggu. Kami berada bersama-sama, pada muka surat sama,” kata Ten Hag ketika ditanya sama ada dia akan bercakap dengan Ratcliffe dan pihak atasan.

“Dan Kami tahu apa yang diusahakan, ia adalah projek jangka panjang dan kami akan terus meningkat dalam proses itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah




“Kami membuktikannya dalam dua perlawanan sukar di tempat lawan sebagai satu pasukan, kami bukan saja menunjukkan kerjasama dan semangat, malah kepercayaan dan keyakinan kami.”

Pada masa sama, ten Hag mengakui United perlu meningkatkan ketajaman bahagian serangan selepas hanya menjaringkan lima gol daripada tujuh perlawanan awal iaitu pencapaian paling rendah sejak era EPL.

Termasuk seri 0-0 dengan Villa malam tadi, anak buah Ten Hag gagal menemui jaringan dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut sejak seri 0-0 di Crystal Palace dan dimalukan 0-3 oleh Tottenham di Old Trafford, hujung minggu lalu.

Ten Hag yakin kekal di Man United walaupun penyudah tumpul

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker