Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO
Mahathir “phobia” dengar nama UMNO.
Sejak kebelakangan ini, mulut Mahathir tidak henti menyebut perkataan “UMNO”.
Asal ada kesempatan, atau peluang sama ada diruang dan laman facebook nya atau diwawancara oleh mana mana pihak, Tun Mahathir tidak akan lepas peluang mengkritik, menyindir atau mengutuk UMNO.
Seolah olah ada satu jenis “phobia” dialami oleh Tun Mahathir dengan perkataan “UMNO”.
Ada banyak parti politik lain yang tidak sebulu dengan Mahathir termasuk PKR , PAN dan DAP serta beberapa parti lain di Sabah dan Sarawak, namun, UMNO sahaja yang Mahathir nampak.
Begitu lah parah nya penyakit “phobia” Mahathir.
Sebagai seorang doktor seharusnya Mahathir harus tahu mencari ubat dan merawat penyakit “phobia” dengan UMNO.
Beberapa hari lalu, Mahathir telah persoal hala tuju parti UMNO dan persoal apa 26 wakil rakyat UMNO buat atau lakukan sebagai wakil rakyat.
Apakah dalam Parlimen Mahathir hanya nampak Ahli Parlimen dan wakil Rakyat UMNO sahaja?
Bagaimana pupa dengan wakil rakyat dari parti lain yang berada dalam Parlimen?
Kenapa Mahathir tidak sibuk untuk ganggu mereka?
Apa perlu Mahathir “busybody” dengan Ahli Parlimen UMNO?
Adakah sebenarnya Mahathir iri hati dengan UMNO setelah cita cita perbiadi mahu ganti UMNO dengan Parti Bersatu sudah gagal?
Mahathir dianggap ramai pihak sebenar nya sangat “anti Melayu” namun sangat bijak menyembunyikan nya.
UMNO adalah parti Melayu yang dipimpin oleh orang Melayu dan Mahathir mahu padam nama UMNO dan sejarah nya dan menukar kepada parti Bersatu yang dicipta dan dipelopori oleh nya,
Namun, hasrat ini gagal.
Mahathir cuba bubar UMNO tapi takut melakukan nya sendiri lalu cuba menggunakan Datuk Ahmad Zahid tapi Datuk Ahmad Zahid enggan.
Mahathir takut lakukan sendiri kerana takut terbukti Mahathir memang pengkhianat kepada parti UMNO dan orang Melayu.
Kini, parti Bersatu telah diselaputi penuh kejijikan dan kekotoran akibat pemimpin pemimpin nya didapati banyak penyelewengan dan kes kes rasuah.
Tapi, sebagai seorang yang penuh sikap hipokrasi Mahathir berdiam diri dan enggan mengkritik Parti Bersatu atau Presiden nya Muhyiddih Yassin.
Parti Bersatu sedang sibuk menguruskan pemilihan parti dengan mengekalkan Presiden mereka Muhyiddin yang menang tanpa bertanding.
Presiden yang penuh kes mahkamah dikekalkan tanpa sepatah perkataan dari Mahathir.
Pembaca boleh lihat sendiri kritikan dan teguran Mahathir dilaman media sosialnya dimana beliau bercerita tentang bagaimana konon nya Parti UMNO sudah keluar dari landasan perjuangan asal dan parti yang ada ini konon nya bukan UMNO yang asal.
Tapi, dari apa yang dapat dilihat , tiada pemimpin UMNO memberi respon atau membalas kenyataan Mahathir.
Mungkin Orang yang cuba haramkan UMNO dan dianggap penderhaka oleh ahli umno tidak layak diberi perhatian.
Apa yang jelas Mahathir tersangat “phobia” dengan jenama “UMNO”.
UMNO kini sudah mula diterima oleh rakyat dan kesemua fitnah terhadap UMNO sudah tidak laku lagi kerana rakyat sudah pandai menilai.
You must be logged in to post a comment.