JDT selamba ‘belasah’ Shanghai Shenhua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit

Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Shanghai Shenhua FC terkulai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas mudah meratah kelab dari China itu 3-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio melonjak ke tangga kedua Zon Timur selepas mengumpul empat mata di belakang pendahulu kelab Liga 1 Korea, Gwangju FC yang mengutip enam mata.

Seawal minit pertama, JDT hampir mencipta kejutan selepas bola hantaran lintang Arif Aiman Hanapi yang berjaya melepasi kawalan Xu Haoyang hanya perlu disentuh Jorge Obregon, namun pemain import dari Colombia itu terlepas peluang keemasan.



Obregon sekali lagi menghampakan apabila gagal melakukan penyudah tepat selepas menerima bola lorongan Juan Muniz pada minit keenam tatkala berjaya menewaskan penjaga gol, Bao Yaxiong.

Serangan bertali arus skuad Harimau Selatan yang dahagakan gol akhirnya terlerai pada minit ke-11 apabila umpanan Muniz disudahkan dengan rembatan kencang Arif Aiman yang menewaskan Yaxiong.

Skuad kendalian Leonid Slutskiy menerima tamparan di awal permainan selepas kehilangan `jeneral’ tengah, Joao Teixeira akibat kecederaan pada minit ke-15 dan terpaksa dikeluarkan.

Obregon yang terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol bagaikan melangsaikan `hutang’ apabila berjaya mencipta gol pada minit ke-25 selepas menanduk bola melepasi jangkauan Yaxiong hasil hantaran Murilo Henrique untuk meletak JDT mendahului 2-0.



Bersambung babak kedua, Shanghai Shenhua FC yang ketinggalan 0-2 mula menyusun strategi dalam usaha merapatkan jurang gol tapi masih belum mampu melepasi benteng JDT yang dikawal kemas Shane Lowry, Eddy Israfilov dan Park Jun-heong.

Sebaliknya, Harimau Selatan melenyapkan sisa perjuangan skuad yang bergelar The Flower of Shanghai itu apabila Muniz menyudahkan sepakan percuma dari jarak 25 meter pada minit ke-79.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?



Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker