Beberapa laluan di ibu negara ditutup berperingkat mulai Khamis ini

Beberapa laluan di ibu negara ditutup berperingkat mulai Khamis ini

Beberapa laluan di ibu negara ditutup berperingkat mulai Khamis ini
Jalan Sultan Ismail

Kuala Lumpur: Beberapa laluan di sekitar ibu negara ditutup kepada kenderaan secara berperingkat pada 3 Oktober dan 5 sehingga 6 Oktober ini, bagi program Petronas Le Tour De Langkawi dan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 535 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan mengawal lalu lintas sepanjang kedua-dua program berkenaan berlangsung.

Beliau berkata, pusat bandar Kuala Lumpur yang menjadi laluan bagi peringkat kelima Le Tour De Langkawi pada Khamis ini.

Katanya, jalan yang terbabit adalah Persimpangan Jalan Sultan Ismail; Jalan Ampang; Jalan P Ramlee; Persimpangan Jalan Raja Muda Abdul Aziz; Jalan Tun Razak; Persimpangan Jalan Yahya Petra; Lebuhraya Akleh; Yap Kwan Seng; Jalan Ampang Hilir; Jalan Desa Pandan dan Jalan Jelatek.

“Pelepasan bermula kira-kira 11 pagi di Menara Berkembar Kuala Lumpur, Jalan Ampang.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional


“Polis akan membuat penutupan penuh secara berperingkat bermula dari 10 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi program larian bertaraf antarabangsa Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024 yang menarik lebih 45,000 peserta, Rusdi berkata, pelepasan peserta mengikut kategori bermula Sabtu sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, polis akan membuat penutupan penuh secara berperingkat bermula 5 pagi sehingga 12 tengah hari pada Sabtu ini di jalan yang terbabit iaitu Jalan Kinabalu; Jalan Leboh Pasar; Jalan Leboh Ampang; Jalan Dato Onn; Jalan Kuching; Jalan Sultan Ismail; Jalan Laut; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Raja Abdullah; Jalan Perak; Jalan P Ramlee; Jalan Tugu dan Jalan Tun Ismail.

Pada Ahad pula, katanya, penutupan jalan akan bermula 3 pagi sehingga 12 tengah hari di Jalan Kinabalu; Jalan Kasturi; Jalan Leboh Pasar; Jalan Leboh Ampang; Jalan Tun Perak; Jalan Masjid India; Jalan Raja Abdullah; Jalan Dang Wangi; Jalan Melaka; Jalan Sultan Ismail; Jalan P Ramlee; Jalan Raja Chulan, Jalan Nagasari; dan Jalan Hang Tuah.

Antara lain adalah Jalan Kampung Pandan; Jalan Imbi; Jalan Tun Razak; Jalan Bukit Bintang; Jalan Delima; Jalan Inai; Jalan Conlay; Jalan Persiaran KLCC; Jalan Kia Peng dan Jalan Pinang; Jalan Mayang; Jalan Jelatek; Jalan Kuching; Bulatan Segambut; Jalan Putra serta Jalan Tugu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan JSPT KL di talian 03-20719999 atau layari Facebook JSPTKL.

Beberapa laluan di ibu negara ditutup berperingkat mulai Khamis ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.

Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker