PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

Baru baru ini telah berlangsung muktamar PAS yang ke70.

Jika umat Islam dan orang Melayu jangka kan Pemimpin PAS akan persembahkan kejayaan PAS mentadbir Empat negeri yang dikuasai PAS , maka jangkaan mereka meleset dan keluar sasaran.



PAS bukan parti yang suka melihat kedalam diri dan kelemahan diri.

Kelebihan PAS adalah bercerita tentang kesalahan musuh politiknya.

Itu cara PAS tutup kegagalan diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota




Dengan cara ini umat Islam dan orang Melayu lupa dibawah batang hidung PAS ada Empat negeri yang PAS tidak dapat beritahu penyokong sendiri dan umat Islam apa apa pencapauan PAS.

PAS melalui Ketua Pemuda Mereka telan membuat tuntutan yang tiada asas dan syok sendiri sahaja apabila membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletak jawatan dan berundur.

Hal hal sebegini sekadar alih tumpuan kegagalan PAS mentadbir Empat negeri dibawah penguasaan mereka.



Sepatutnya Pemuda PAS membuat gesaan supaya Menteri menteri Besar PAS yang tidak “perform” supaya undur diri dan meletakan jawatan.

Ini kerana jika menguruskan negeri yang majoriti satu kaum pun MB MB PAS sudah gagal, apa lagi jika nenguruskan negeri yang multiracial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




Selain dari kegagalan urus negeri , PAS juga terpalit dengan kes kes rasuah dan salah guna kuasa dinegeri yang PAS uruskan seperti Perlis dan Terengganu.

Terkini, PAS dilihat mengambil pendirian songsang dan berbeza dari pendirian majoriti umat Islam.

Pada isu RUU Mufti PAS tidak bersetuju dan melalui Presiden Hj Hadi memberi pandangan berbeza.




PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

Amat sukar untuk PAS bersetuju kepada apa sahaja dan sentiasa ada sahaja mahu tunjuk keras kepala untuk ada pandangan berbeza.

Kemudian pada kes GISBH pun PAS ada sahaja tidak setujunya.

Ada sahaja PAS akan beri alasan bodoh untuk tidak mahu tunjuk diri tidak bersama kelompok besar.



Terbaru, apabila Jabatan Agama Islam Melaka ambil tindakan terhadap pegawai mereka yang cuai atau sengaja membuat kesilapan dalam isu slaid khutbah, PAS melalui Tuan Ibrahim Tuan Man telah nyatakan tidak puas hati dan menganggap tindakan JAIM sebagai tidak munasabah.

PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

Amat sukar melihat PAS ambil pendirian jujur dan tidak anti establishment.

PAS sentiasa akan ambil pendirian yang berlawanan dan lain dari yang lain.

Sampai bila PAS akan bersikap sebegini?

Hari ini kritikan PAS terhadap umno dan kerjasama umno dan PH juga tidak dipercayai oleh orang Melayu.

Ejekan PAS UMDAP juga tidak diendahkan oleh orang Melayu Islam seperti di DUN Nenggiri.

Ini kerana esok lusa PAS boleh bertukar pendirian dan ubah dasar tanpa sedikit pun rasa berdosa.

PAS sebenar nya sebuah parti yang sedang sakit dan perlu rawatan segera.

Menggunakan agama membuat PAS tidak sedar mereka sedang sakit dan ditunggang oleh parti lain dalam Perikatan Nasional

Oleh Adam Malik

 

PAS parti sakit yang perlu rawatan segera.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker