Mbappe tersisih tiga minggu

Mbappe tersisih tiga minggu

Mbappe tersisih tiga minggu
ANCELOTTI berkata sesuatu dengan Mbappe ketika pemain itu meninggalkan padang. FOTO AFP

Madrid: Prestasi cemerlang Kylian Mbappe pada awal musim ini terhenti seketika selepas mengalami kecederaan paha ketika membantu kemenangan 3-2 Real Madrid ke atas Alaves, semalam.

Berita buruk buat peminat dan pasukannya apabila bintang Perancis itu dijangka berehat sekitar tiga minggu.

Selepas berpindah dari Paris St Germain dengan yuran percuma, Mbappe menyerlah di Madrid apabila meledak tujuh gol dalam sembilan perlawanan.



Kecederaannya itu satu tamparan hebat buat pengurus Carlo Ancelotti yang pasukannya akan berdepan aksi derby menentang Atletico Madrid awal pagi Isnin ini tanpa penyerang berbisa itu.

Mbappe menjaringkan gol kedua ketika menentang Alaves tetapi meminta dikeluarkan selepas 80 minit perlawanan bagi mengelakkan kecederaan bertambah buruk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri




“Dia OK,” kata Ancelotti. “Bengkak sedikit. Dia meminta ditukar untuk mengelakkan daripada lebih serius. Keadaannya kini lebih baik, begitu juga kami.”

Pasukan perubatan yang mengadakan ujian ke atas Mbappe mendedahkan berita kurang menyenangkan. “Susulan ujian ke atas pemain kami Kylian Mbappe, dia dapati mengalami kecederaan di kaki kirinya dan situasi Mbappe akan dipantau.”

Dalam perkembangan terbaru, pakar perpindahan pemain Fabrizio Romano menjangkakan Mbappe bakal tersisih daripada jadual sibuk Madrid termasuk berdepan Lille dalam saingan Liga Juara-Juara dan melayan Villarreal di tempat sendiri dalam aksi La Liga.

 



Mbappe tersisih tiga minggu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

KPN: Tidak Benar Haiwan GISBH Yang Di Rampas Terabai [VIDEO]



 

Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]



 

Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini

 



Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian

 

Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker