China lancar ujian peluru berpandu balistik antara benua

China lancar ujian peluru berpandu balistik antara benua

China lancar ujian peluru berpandu balistik antara benua
FOTO fail menunjukkan DF-41, ICBM dengan keupayaan nuklear milik China yang dipamerkan di Dataran Tiananmen, Beijing, pada 1 Oktober 2019. FOTO AFP

Beijing: China melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pada Rabu, apabila menembaknya ke Lautan Pasifik, dalam latihan pertama seumpamanya dalam beberapa dekad.

Pelancaran itu mencetuskan bantahan dari negara lain di rantau ini, dengan Jepun berkata, ia tidak diberi notis awal dan menyatakan kebimbangan serius.

Beijing meningkatkan pembangunan nuklearnya dan perbelanjaan pertahanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Pentagon pada Oktober lalu memberi amaran bahawa China sedang membangunkan persenjataannya lebih cepat daripada jangkaan Amerika Syarikat (AS).

China dikatakan mempunyai lebih daripada 500 kepala peledak nuklear yang beroperasi pada Mei 2023 dan berkemungkinan mempunyai lebih daripada 1,000 menjelang 2030.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri




“Pasukan Roket tentera China melancarkan ICBM yang membawa kepala peledak tiruan ke laut lepas di Lautan Pasifik pada 08.44 pagi, 25 September dan peluru berpandu itu jatuh ke kawasan laut yang dijangka,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Seorang penganalisis memberitahu AFP, ujian seperti itu sangat jarang berlaku.

“Ini sangat luar biasa dan mungkin kali pertama dalam beberapa dekad, kami melihat ujian seperti ini,” kata Felo Kanan Stanton di Carnegie Endowment for International Peace, Ankit Panda.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan China menyebut pelancaran itu sebagai aturan rutin dalam rancangan latihan tahunan.



“Ia selaras dengan undang-undang dan amalan antarabangsa dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara atau sasaran,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota


Pentagon berkata, AS menerima beberapa pemberitahuan lanjutan mengenai ujian ICBM itu dan menyifatkan ini sebagai langkah ke arah betul yang membantu mencegah salah persepsi atau salah perhitungan.



Jepun bagaimanapun berkata, ia tidak diberi notis daripada pihak China,

Selain itu, Australia berkata, ia sedang mendapatkan penjelasan berhubung pelancaran itu, sambil menambah ia bimbang dengan sebarang tindakan yang mengganggu kestabilan di rantau ini.

New Zealand juga, pelancaran peluru berpandu itu, yang mendarat di Pasifik Selatan, adalah perkembangan yang membimbangkan.

Beijing pertama kali menguji ICBM ke Pasifik Selatan pada 1980-an.



China lancar ujian peluru berpandu balistik antara benua

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gelagat Peminat Malaysia Teruja Jumpa Siti Nurhaliza Di Arab Saudi [VIDEO]



 

Zaquan Adha Bengang Ibunya Sakit Dikaitkan Dengan Rita Rudaini

 

Fattah Amin Kongsikan Momen Manis Bersama Nur Fatima Aisya Sebelum Sebutan Perceraian

 

Diana Danielle Pernah Disihir Semasa Kecil

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker