Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM

Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM

Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM

Akhirnya Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengambil tindakan tegas terhadap 4 orang pegawai mereka yang memaparkan gambar Hadi Awang dalam slaid khutbah Jumaat.

Antara yang dikenakan tindakan dipecat dan ditukarkan adalah Ketua Penolong Pengarah JAIM.



EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Rahmad Mariman berkata, tindakan termasuk memecat dan menukar jawatan itu diambil berikutan kecuaian.

“JAIM secara tuntas sudah menjalankan siasatan.”

“Didapati kejadian tersebut memang benar berlaku dan mereka yang terbabit sudah mengaku meletakkan gambar pemimpin berkenaan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gambar Hadi Dalam Slaid Khutbah Jumaat Di Melaka, Adakah Di Sengajakan?




“Ia satu kesilapan besar dan tindakan ke atas mereka adalah wajar.”

“Saya harap tidak berlaku lagi selepas ini,” tegas beliau.

Tindakan tegas kerajaan negeri Melaka dengan serta merta mendapat respon negatif dari pemimpin Perikatan Nasional.



Presiden PAS, Hadi Awang menganggap, tindakan yang diambil oleh JAIM adalah keterlaluan.

Manakala ahli parlimen Masjid Tanah dari PPBM, Mas Ermieyati pula berkata, tindakan tersebut adalah zalim.

 

Beliau juga menuduh tindakan tersebut bermotifkan politik serta menunjukkan pemikiran kerajaan negeri yang sempit dan zalim.

 



Mas Ermieyati juga menuduh tindakan tersebut bertujuan untuk menjaga hati rakan sekutu Barisan Nasional, DAP.

Pada pandangan admin, tindakan yang diambil oleh JAIM adalah satu tindakan yang sangat wajar.

Tidak boleh kita terima ianya berlaku kerana disebabkan kecuaian.

Tetapi yang boleh kita tafsirkan adalah tindakan tersebut sememangnya disengajakan dan mempunyai tujuan politik.



Mungkin, gambar YDP Agong ke XVI sengaja dimasukkan untuk memperkuatkan hujah dilakukan secara tidak sengaja.

Tidak mungkin keempat-empat pegawai JAIM tersebut tidak dapat membezakan wajah Hadi dengan wajah perdana menteri sekarang.

Admin melihat ianya sebagai satu usaha untuk mempromosikan PAS kepada rakyat akar umbi di Melaka.

Dan sudah semestinya demi untuk menjayakan agenda yang lebih besar.



Jadi parti komponen Perikatan Nasional, sama ada PAS atau PPBM tidak perlu play victim atas apa yang mereka sendiri mulakan.

Tiada Sebab Untuk PN Marah Dengan Tindakan Tegas JAIM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tayang gambar Presiden Pas pada slaid khutbah Jumaat, empat pegawai JAIM ditukar, dipecat

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker