Lepas dikritik, Sanusi dikesan kembali ke Kedah, mula lawat kawasan banjir
ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahankan lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ke luar negara ketika banjir melanda kerana jadual program itu dirancang lebih awal.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yahaya, berkata Muhammad Sanusi sudah kembali ke Kedah dan mula melawat pusat pemindahan sementara (PPS) mulai malam tadi.
Jelasnya, ketiadaan Menteri Besar bukan penghalang agensi berkaitan dan sukarelawan membantu mangsa banjir.
“Bila air nak naik, kalau ada Menteri Besar pun air naik juga, waktu Perdana Menteri ada air naik juga. Dari sudut pengurusan banjir sudah ada, agensi yang terbabit termasuk bomba dan polis dan kita juga sama-sama membantu.
“Untuk buka PPS sudah ada panduan dari pejabat daerah, penghulu. Jadi semua agensi ini sudah bersedia bila masa yang diperlukan.
“Pemimpin macam Perdana Menteri, Menteri Besar yang mengurus tadbir negara dan negeri sudah ada jadual yang diatur awal, bahkan kami pimpinan parti juga ada jadual sendiri,” katanya pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, bencana tidak sepatutnya dijadikan isu politik, sebaliknya semua pihak wajar berkhidmat kepada rakyat.
Beliau turut merakamkan penghargaan PAS Kedah kepada agensi Persekutuan dan negeri yang membantu sejak awal banjir melanda negeri itu.
“Selepas Muktamar PAS ada pimpinan yang terus turun ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota kerana bertugas di sana tapi tiba-tiba banjir di sini.
“Apakah dengan jadual kita di sana (Mahkota) kita perlu tinggalkan semua dan lari balik?
“Memanglah elok kalau semua ada di sini, tetapi dari sudut gerak kerja menyelamat membantu mangsa banjir, ketiadaan pemimpin utama itu tidak mengapa.
“Menteri Besar tiba dari luar negara malam tadi dan terus turun menziarahi mangsa banjir di PPS Bukit Hijau dan Maahad Derang,” katanya.
Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat mengakui pengurusan bantuan banjir kali ini lancar hasil sokongan agensi Persekutuan selain pembabitan Jabatan Amal dan sukarelawan Khidmat Rakyat.
“Bencana bukan untuk kepentingan politik. Bila berlaku musibah, ia adalah ruang terbaik untuk kita saling membantu,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bodyguard Fazura dedah Fattah disondol
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata
You must be logged in to post a comment.