Kes kematian Nidza Afham kekal tiada unsur jenayah

KLANG – Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah mengenai kes terbabit.

“Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah,” katanya kepada pemberita selepas program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai program itu, kata Hussein, program terbabit merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan menyemai nilai murni seperti kejujuran, ketelusan dan etika dalam kalangan anggota polis serta masyarakat.

Sultan Suleiman Klang pada Ahad.

Katanya, melalui program ini polis dan masyarakat dapat memupuk perpaduan selain membina kepercayaan serta menekankan ketelusan dan akauntabiliti.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan siasatan kes kematian Nidza Afham diklasifikasi sebagai SDR selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam.

Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian ‘pending laboratory investigation’ dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

Sebelum ini, penyanyi terbabit dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, pada 13 Ogos lalu.

Susulan itu, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, kira-kira jam 7 malam, 14 Ogos.

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Bodyguard Fazura dedah Fattah disondol

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker