Polemik Isu halal Akmal-Teresa Kok tamat – Zahid

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pergeseran antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal sudah tamat.

Zahid dipetik Bernama berkata dia sudahpun mengeluarkan kenyataan berkaitan pendirian kerajaan bahawa permohonan sijil halal kekal dibuat secara sukarela.

“Dah reda (tone down), saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 Sept lepas bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya juga telah memberitahu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengenai perkara itu.



“Jadi isu ini telah ditutup,” katanya.

Semalam Zahid yang juga timbalan perdana menteri memaklumkan mesyuarat jemaah menteri bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal berkata dasar sedia ada yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam (Main) atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) adalah bersifat sukarela sejak ia mula dilaksanakan pada 1974 dan diperkukuh dengan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini kekal dan ia terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.



“Melalui SPHM yang diperolehi tersebut, ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang SPHM atas komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya.

Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Antara lain Kok berkata cadangan itu bakal membebankan peniaga, termasuk orang Islam dan boleh menjejaskan imej Malaysia.

Susulan itu Akmal menggelarkan Kok sebagai “Nyonya tua” dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam.



Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Kok telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu namun menegaskan tiada keperluan untuk pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadapnya.

Dia juga telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Putrajaya untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas “penyalahgunaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian”.

Pada hari sama Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25 juta.



Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Sebelum kempen PRK Mahkota, terdapat kebimbangan bahawa serangan Akmal terhadap Kok mungkin menjejaskan peluang BN untuk menang di kerusi itu.

Ini kerana pengundi Cina meliputi kira-kira 35 peratus daripada jumlah pengundi di DUN berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah



‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker