Kes liwat terpencil – CEO GISBH

Kes liwat terpencil – CEO GISBH

Ketua pegawai eksekutif syarikat, Nasiruddin Ali berkata kes-kes ini telah ditangani secara dalaman kerana GISBH sedar ia kesalahan undang-undang.

Namun, dia tidak memberikan perincian lanjut mengenai kes liwat yang disebutkan.



“Saya tak nafikan mungkin seorang, dua orang tu ada (liwat) tapi kenapa habis dirangkumkan semua,” katanya kesal.

“Ini tangkap lebih 400 orang, mereka tidak tahu cerita. Kemudian dituduh liwat dan sebagainya,” katanya pada video yang dimuat naik di akaun syarikat tersebut.

Pada hari Rabu, pihak polis menyerbu 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan, menyelamatkan 402 kanak-kanak dan menahan 171 individu, termasuk seorang guru agama dan penyelia asrama. Rumah-rumah kebajikan ini disyaki mempunyai kaitan dengan organisasi GISBH yang kontroversi.

Siasatan mendedahkan dakwaan penderaan seksual, termasuk liwat dan serangan seksual di kalangan kanak-kanak. GISBH menafikan sebarang kaitan dengan rumah amal yang diserbu itu serta menolak dakwaan penderaan seksual kanak-kanak.



Hari ini, Ketua Polis Negara Razarudin Husain dipetik NST berkata polis sedang memantau 39 lagi rumah amal di bawah GISBH di seluruh negara manakala siasatan terhadap syarikat itu berkaitan eksploitasi dan penderaan kanak-kanak masih berjalan.

“Kesemua 39 rumah kebajikan itu berada di seluruh negara,” katanya tidak menolak kemungkinan tindakan lanjut oleh pihak polis.

Sebelum ini, Nasiruddin menafikan dakwaan menyebarkan ajaran sesat kepada kanak-kanak di bawah jagaan GISBH dan menyoal bagaimana tuduhan tersebut boleh menular dengan mudah.

Tegasnya, GISBH terbuka untuk perbincangan dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa.



Jakim bersuara lepas Maza bangkitkan

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dituduh lambat bertindak terhadap GISBH walaupun banyak penemuan dan sesi libat urus telah diadakan.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata sekumpulan penyelidik telah merujuk penemuan mereka mengenai GISBH kepada jawatankuasa fatwa negeri.

Tindakan itu dakwanya selepas Jakim tidak bertindak atas kajian mereka.



Menjawab dakwaan ini, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan Jakim bukan agensi penguatkuasaan.

Presiden persatuan Mohd Ajib Ismail menegaskan Jakim tidak mempunyai peranan dalam penguatkuasaan undang-undang.

“Oleh itu, isu membabitkan penguatkuasaan undang-undang, seperti kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa Jakim.

“Bagaimanapun, Jakim sentiasa bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.



Hari ini, Ketua Pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim terlibat dalam isu ini sejak Februari 2019.

Katanya, Jakim telah mengadakan 12 mesyuarat, bengkel, pasukan khas dan program kebangsaan, yang turut melibatkan agensi keselamatan negara seperti Majlis Keselamatan Negara, polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya lagi, Jakim akan membentangkan penemuan kajian mereka kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum membawanya ke mesyuarat abinet.

Selepas itu, mereka akan memohon persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum mengeluarkan sebarang fatwa yang berada di bawah bidang kuasa negeri untuk tujuan penguatkuasaan.



“Jakim konsisten mengadakan dialog, program dan kajian mendalam mengenai isu ini dan tidak berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan akidah umat Islam,” katanya pada satu kenyataan hari ini. Mk

Kes liwat terpencil – CEO GISBH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker