Hussein Ahmad meninggal dunia

Bekas ketua penerangan Umno itu juga dikenali sebagai Hussein Serama

Hussein Ahmad meninggal dunia

PASIR MAS: Bekas Ketua Penerangan Umno Hussein Ahmad, 90, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya dekat Kampung Lemal di sini pagi tadi.

Cucunya, Mohamad Radzuan Rosli, 34, berkata Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Hussein Serama’ sudah sekian lama uzur dan menghidap penyakit Parkinson telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya pada 7 pagi.



Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas selepas solat Jumaat nanti, katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzuan berkata datuknya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian seminggu lepas akibat sesak nafas.

Allahyarham Hussein yang mempunyai enam anak, lebih 30 cucu dan 20 cicit itu pernah memegang jawatan ketua penerangan Umno selama 14 tahun dari 1982 hingga 1999, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 1987 hingga 1990 dan timbalan menteri besar Kelantan dari 1978 hingga 1982.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham menerusi hantaran di laman media sosial Facebook miliknya. FMT



Hussein Ahmad meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker