Fazura kongsi gambar hitam putih tanda berkabung

Fazura kongsi gambar hitam putih tanda berkabung

Mengejutkan peminat dengan tindakan memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin, aktres jelita, Nur Fazura dilihat memuat naik perkongsian berbentuk motivasi diri di Instagram (IG).

Hantaran yang memaparkan foto Nur Fazura itu memuatkan mutiara kata pembakar semangat yang dipetik daripada tokoh sufi terkenal, Jalaluddin Rumi.



“Ia adalah jalan mu dan milikmu seorang. Orang lain boleh berjalan bersamamu, namun, tiada siapa yang boleh berjalan untukmu,” tulisnya.

Menerusi hantaran berbeza yang dimuat naik aktres itu di akaun IG @fattzuralovelife iaitu akaun peribadi mengenai kehidupan seharian pasangan itu bersama anaknya, Nur Fatima Aisya, aktres jelita itu turut berkongsi foto sedang memeluk anak perempuannya itu.

Mengiringi entri itu adalah kata-kata perangsang daripada seorang ibu semoga anaknya cekal mengharungi cabaran hidup yang mendatang.

“Kuat dan tabah. Itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti,” tulisnya.



Apa yang mencuri perhatian, kedua-dua foto yang dimuat naik itu dalam bentuk hitam putih seolah-olah dia sedang ‘berkabung’ susulan apa yang terjadi.

Terdahulu, Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada BH Online, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.

Isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.



Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.

Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial

Ketika ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini, pada 22 Julai lalu, Fazura bagaimanapun menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.

Fazura dilapor menjelaskan, dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.



Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. BH

Fazura kongsi gambar hitam putih tanda berkabung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’



Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

https://mykmu.net/2024/09/12/nora-ariffin-dedah-detik-perceraian-paksaan-itu-berlaku-depan-mata/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker