‘Fattah! Kenapa sampai Fazura fail cerai?’
‘Fattah! Kenapa sampai Fazura fail cerai?’
Akaun media sosial pelakon Fattah Amin menjadi tumpuan netizen apabila ramai mahu mendapatkan pengesahan mengenai tindakan isterinya, Fazura memfailkan perceraian hari ini.
Rata-rata warga maya mempersoalkan apakah kesilapan yang dilakukan Fattah sehingga gagal menyelamatkan perkahwinannya dengan aktres jelita itu.
“Kenapa sampai nak bercerai. Apa yang jadi masalah? Sayang betul pasangan kegemaran ini.
“Berita ini sangat mengecewakan. Adakah benar khabar angin kecurangan menjadi punca perpisahan?
“Kenapa Fattah? Mengapa sampai Fazura perlu fail perceraian?,” demikian antara komen netizen.
Selain mengkritik dan meletakkan kesalahan di bahu Fattah, ada juga netizen mempertahankan penyanyi lagu Wanita Terakhir itu.
“Jangan hanya dengar sebelah pihak. Kita tidak berada di tempat mereka.
“Semoga urusan rumah tangga kalian dipermudahkan. Siapa tahu selepas bercerai boleh berbaik semula.
“Hanya kerana pihak wanita memfailkan perceraian, belum tentu lagi masalah rumah tangga itu berpunca daripada suami,” kata netizen lagi.
Hari ini, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Fattah Amin, 34, di Mahkamah Syariah Petaling.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sementara itu usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Fattah tidak berjaya apabila pengurusnya dikenali sebagai Acha tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas kiriman WhatsApp. K Online
‘Fattah! Kenapa sampai Fazura fail cerai?’
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata