Fazura fail cerai terhadap Fattah

Fazura fail cerai terhadap Fattah

Pelakon terkenal Nur Fazura, 40, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin, 34, pagi ini di Mahkamah Syariah Petaling.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang sewaktu dihubungi Kosmo! Online.



“Ya memang benar Fazura telah failkan perceraian,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa rumah tangga pasangan yang mendapat jolokan Fattzura itu sedang dilanda badai.

Pasangan itu dilihat tidak lagi bersama dikebanyakan majlis dan tidak memuat naik gambar bersama dalam Instagram.

Namun pada Julai lalu Fazura menafikan spekulasi itu dan menegaskan bahawa hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.



Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin dan Abdul Fattah Mohd Amin mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. K Online

Fazura fail cerai terhadap Fattah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker