Restoran Ikhwan milik GISBH di Terengganu lengang
Restoran Ikhwan milik GISBH di Terengganu lengang
KUALA TERENGGANU: Restoran dikendalikan Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH) lengang sejak tersebarnya dakwaan ia mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
Tinjauan di restoran di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, mendapati hanya beberapa pelanggan dalam premis berkenaan.
Sementara itu wakil GISBH Terengganu ketika dihubungi menafikan pihaknya ada mengendalikan pusat jagaan dan rumah amal di Terengganu.
“Aktiviti dijalankan GISB di negeri ini hanya membabitkan perniagaan iaitu restoran, perniagaan peruncitan dan bakeri.
‘Tiga hingga empat institusi pendidikan, pusat kebajikan ada kaitan GISB disiasat di Negeri Sembilan’
“Kita tidak menggunakan pekerja dalam kalangan kanak-kanak sebaliknya belia berusia melebihi 20 tahun,” katanya sambil memaklumkan enggan mengulas lanjut mengenai tindakan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Selangor dan Negeri Sembilan.
Wakil GISBH itu juga mengesahkan akan memberi kerjasama penuh kepada PDRM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan, semalam. BH
Restoran Ikhwan milik GISBH di Terengganu lengang
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari
Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?