Adira kejar Datin Seri?

Adira kejar Datin Seri?

Kemelut rumah tangga penyanyi Adira dan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pernah menghangatkan industri hiburan nampaknya tidak terhenti setakat itu sahaja.

Meskipun sudah tidak bergelar suami isteri selepas Adnan menceraikan Adira dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 24 April lalu, namun, kisah bakal rujuk semula menjadikan nama dua individu ini kembali panas dalam media sosial.



Enggan membiarkan tanda tanya terus bermain dalam fikiran, soalan itulah diajukan kepada penyanyi yang namanya mula meledak menerusi lagu Ku Ada Kamu itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri, Jangan Tinggal Abang, Dek… di sini, baru-baru ini.

Tidak menafikan spekulasi bertebaran itu, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.

“Insya-Allah, kami ada berbincang mengenai perkara rujuk semula. Kami akan cuba. Kalau ada jodoh, adalah…

“Kalau tidak, saya akan teruskan kehidupan dengan status ibu tunggal. Lagipun tak salah untuk saya beri bekas suami ruang dan peluang.



“Setiap manusia layak dapat peluang kedua. Kami bercerai pun bukan sebab bekas suami ada perempuan lain.

“Sekarang, kami sedang berusaha ke arah itu. Sebelum itu, bekas suami perlu betulkan apa yang perlu diperbetulkan. Doakan semoga rezekinya lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Ketika pasangan ‘duda’ dan ‘janda’ sedang berusaha untuk mendirikan semula mahligai yang pernah roboh, terdengar cakap-cakap nakal yang mendakwa mereka seperti mempermain institusi perkahwinan dan mempunyai agenda tertentu.

Lebih dahsyat, apabila penyanyi berkulit putih melepak itu dituduh mahu mendapat gelaran Datin Seri hanya kerana mahu kembali ke pangkuan bekas suaminya itu.



“Jujurnya, kami tak ada apa-apa agenda apabila buat keputusan untuk rujuk semula. Perceraian bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan.

“Apa yang terjadi sepanjang tempoh edah, itulah dia… Nak kata kami merancang sesuatu, memang tidaklah.

“Saya bukanlah orang yang baik, tapi saya bukanlah orang jahat untuk melakukan perkara yang dibangkitkan itu,” luah wanita kelahiran Ranau, Sabah ini.

Bagi memastikan peluang kedua yang diberikan tidak dipersiakan, Adira mengakui, ada meletakkan syarat kepada Adnan sebelum memberi kata persetujuan.



“Memang ada syarat diletakkan ketika kami berbual mengenai soal ini. Ada beberapa perkara, cuma tak bolehlah saya nak kongsi. Ini kerana ia lebih bersifat peribadi.

“Saya sendiri sudah membuat solat Istikharah. Keluarga dan anak-anak juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Hanya anak sulung, Anggrek memahami dan okay dengan apa sahaja keputusan yang dibuat,” ungkapnya.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.



Terdahulu, menerusi karya tulisan Erma Fatima itu, Adira memegang watak isteri kepada Datuk Adi Putra, seorang ‘kaki perempuan’.

Memandangkan drama itu memaparkan tema cukup hangat diperdebatkan iaitu isu ‘penyondol’, Adira turut ditanya tidakkah tidak bimbang jika kisah lama iaitu statusnya sebagai isteri kedua kembali diungkit netizen.

Menjawab pertanyaan itu, Adira mengakui sudah bersedia berdepan dengan kecaman ekoran pembabitannya dalam drama itu.

“Saya sudah bersedia terima apa sahaja komen netizen dan peminat. Saya hanya reda kerana saya tahu pasti akan terkena tempias.



“Lagipun, saya sudah lali dan boleh hadam. Saya pun tak nak ambil pusing kerana tujuan saya hanyalah untuk menjayakan watak,” ujarnya positif. BH

Adira kejar Datin Seri?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker