Anthony Loke melenting lagi – Presiden MCA

Presiden MCA Wee Ka Siong hari ini menempelak Anthony Loke kerana mendakwa menteri pengangkutan itu bersikap dwistandard selepas isu kos pembinaan projek kereta api laju (HSR) disentuh.

Menurut Wee, apabila dia memetik angka RM120 bilion dalam pandangannya mengenai projek tersebut, ia bukanlah suatu rekaan sebaliknya dengan memetik laporan berita sebelum ini.

Katanya laporan tersebut memang menyebut bahawa projek HSR itu dijangka menelan belanja RM120 bilion apabila meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaannya.



“Sumber maklumat saya adalah berdasarkan kepada berikut:- Pertama laporan The Straits Times (ST) Singapura bertarikh 19 Feb yang meramalkan kos HSR akan meningkat kepada sekurang-kurang RM100 billion.

“Kedua, laporan New Straits Times (NST) Malaysia bertarikh 22 Feb yang memetik penganalisa pengangkutan, Dr Rosli Azad Khan, yang memberitahu Business Times bahawa kos projek HSR dijangka meningkat kepada RM120 billion.

“Kalau laporan ST dan NST ini merupakan berita palsu, dah melebihi 6 bulan (sejak ia disiarkan), kenapa laporan-laporan tersebut tidak diperbetulkan oleh Loke?

“Kenapa bila sampai Wee Ka Siong bersuara, Anthony Loke perlu melenting?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Semalam, Loke mempersoalkan dakwaan Wee yang memberi tahu bahawa anggaran kos projek HSR telah meningkat daripada RM70 bilion kepada RM120 bilion.

“Saya tidak tahu dari mana angka RM120 bilion itu diperolehi,” Loke dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Wee yang juga bekas menteri pengangkutan berkata Loke perlu sedar bahawa dia bukanlah orang yang pertama menyentuh tentang anggaran kos pembinaan HSR itu.

Sebelum ini, kata Wee, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, turut menyebut di dalam parlimen bahawa kos projek berkenaan menelan belanjar RM120.



Kata Wee ahli parlimen PKR itu berkata demikian pada 20 Mac lalu namun ia tidak ditegur atau diulas oleh Loke bahkan menteri terbabit dililhat membisu saja.

Bahkan menurut Wee, NST juga pernah melaporkan bahawa Pengerusi DAP Lim Guan Eng pada 11 Julai 2018 pernah memberitahu bahawa kos berkenaan bernilai RM110 bilion dan projek tersebut akan diteruskan jika jumlah berkenaan dapat dikurangkan separuh.

Ketika itu, kata Wee, Lim merupakan menteri kewangan.

“Apabila saya memetik angka yang pernah dilaporkan di dalam media arus perdana, saya pula dipersoalkan dengan cara yang agak kasar.



“Kenapa dan 1,001 kali kenapa? Bukankah ini dianggap double standard?” katanya lagi.

Dengan maklumat umum yang tersebar itu, kata Wee, ternyata angka yang dipetiknya semasa memberi pandangan berkenaan projek HSR bukanlah diperolehi daripada khayalan atau sengaja direka.

“Hello Anthony Loke, takkan memetik laporan media sahih serta memberi cadangan kepada kerajaan pun menjadi dosa atau kesalahan besar?” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan



Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker