Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam

Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam tidak mahu mencampuri urusan peribadi anaknya, Syamsul Yusof yang bercerai talak satu dengan Ira Kazar, semalam.

Yusof ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia penat dan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung perceraian anak sulungnya itu.



“Saya tidak mahu ulas mengenai Sol (panggilan Syamsul) lagi. Itu urusan dia, biar dia yang selesaikan. Maaf ye, saya sudah penat,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis mengesahkan perkara itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.



Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker