PRK Mahkota: Bersatu hanya jadi ‘kambing hitam’ PAS

PRK Mahkota: Bersatu hanya jadi ‘kambing hitam’ PAS

Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyifatkan PAS menjadikan Bersatu sebagai “kambing hitam” selepas parti itu dipilih untuk mewakili PN dalam PRK Mahkota yang akan diadakan.

“DUN Mahkota kubu kuat Umno dan PH, sudah lama menjadi mimpi ngeri buat PAS dan PN.



“Jadi, apa strategi mereka kali ini? Cara paling senang dan selamat untuk PAS ialah beri kerusi itu kepada Bersatu.

“Kononnya nak tunjuk kesepakatan dalam PN, tapi semua orang tahun hakikatnya PAS takut nak bertanding.

“(Jika) Kalah nanti, Pas boleh lepas tangan. Sambil menyelam, minum air. Bersatu dapat malu, Pas selamat nama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dua hari lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PN memutuskan Bersatu akan bertanding pada PRK Mahkota selepas mengambil kira kerusi itu milik Bersatu sebelum ini.



Susulan itu, PAS Johor menyatakan pihaknya akur dengan keputusan itu dan akan membantu calon Bersatu nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 September sebagai hari mengundi bagi PRK Mahkota, manakala penamaan calon dan hari mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan mendakwa PAS membuat keputusan itu selepas kekalahan PN dalam PRK Nenggiri bulan lalu.



“PAS mungkin sudah hilang semangat untuk berjuang…Nak tambah koleksi kalah dua kali berturut-turut? Bunyinya macam PAS sudah tak sanggup dimalukan lagi,” katanya.

Dia turut mendakwa PAS pandai mempergunakan pihak lain demi kepentingan sendiri, selain “pakar” dalam menjadikan pihak lain sebagai “kambing hitam”.

“Bersatu nampaknya rela saja jadi buah catur (untuk PAS) dan bodoh. Tak sedar yang PAS asyik mainkan mereka?

“Atau mungkin Bersatu pun dah tak kisah. Asalkan ada peranan, walaupun sekadar jadi kambing hitam.” katanya lagi.



Tak sedar ke yang Pas ni asyik mainkan mereka? Atau mungkin Bersatu pun dah tak kisah, asalkan ada peranan, walaupun sekadar jadi kambing hitam. Mk

PRK Mahkota: Bersatu hanya jadi ‘kambing hitam’ PAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker