Dinding konkrit DUKE runtuh dirempuh lori, hempap kereta bawah lebuh raya

Dinding konkrit DUKE runtuh dirempuh lori, hempap kereta bawah lebuh raya

Tembok konkrit penghadang jalan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Sentul, di sini runtuh dirempuh lori terbabas, sebelum menghempap kereta di bawah lebuh raya terbabit.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang selepas sebuah lori yang menggunakan DUKE dikatakan terbabas merempuh tembok penghadang jalan, menyebabkannya runtuh.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Sementara beberapa foto yang dikongsi netizen menunjukkan blok konkrit yang runtuh daripada lebuh raya menghempap sebuah Perodua Kenari yang sedang diparkir di ruang bawah laluan itu.



Kejadian itu menyebabkan bahagian kanan kereta terbabit remuk, dengan beberapa petugas juga dilihat sedang membersihkan runtuhan di lokasi. BH

Dinding konkrit DUKE runtuh dirempuh lori, hempap kereta bawah lebuh raya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker