PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan

PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya tidak sibuk dengan ‘rumah tangga’ UMNO, sebaliknya fokus menguruskan parti sendiri.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tuan Ibrahim tidak perlu memberi pandangan supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bercuti kononnya untuk memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap Presiden UMNO berkenaan.



Ini kerana, tambah beliau, Ahmad Zahid tahu apa yang perlu dilakukan beliau, malah ahli akar umbi UMNO juga tahu apa yang sepatutnya dilakukan pemimpin mereka.

“Untuk Pas, lebih baik untuk mereka menilai kepimpinannya, jangan gunakan politik kepartian dan melabel parti lain syurga neraka atau dengan macam-macam gelaran termasuk dajal sekalipun,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau.

Sementara itu, Tengku Adnan turut mengingatkan pemimpin Pas supaya lebih berintegriti dalam berpolitik dan membenarkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjalankan tanggungjawab terhadap negara.

Tegasnya, Pas tidak sepatutnya menangguk di air keruh dengan pendirian Ahmad Zahid yang bersedia disiasat kerana apa yang dinyatakan itu adalah adalah atas lunas undang-undang kerana negara ini mempunyai keluhuran Perlembagaan.



“Nasihat saya untuk Pas, cukup-cukuplah bersandiwara politik. Jujurlah dengan diri sendiri dan gunakanlah nasihat yang baik-baik itu untuk anggota partinya kerana dalam Pas pun ada juga pemimpinnya yang sedang disiasat dan berdepan pendakwaan di mahkamah.

“Sebenarnya sebelum mengata orang baik cermin diri sendiri… daripada minta Datuk Seri Zahid yang bercuti mengapa tak suruh MB Perlis dan MB Kedah sahaja yang berbuat demikian?

“Jadi cukup-cukuplah Pas…,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Tuan Ibrahim yang berpendapat, Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadapnya sehingga selesai.



Menurut Tuan Ibrahim, beliau mengalu-alukan sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, beliau berasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. MG

PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker