Kita tak benarkan tanam sawit di kawasan hutan – Johari

Kita tak benarkan tanam sawit di kawasan hutan – Johari

Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani mengulangi bahawa kerajaan tidak membenarkan penanaman ladang kelapa sawit di kawasan hutan.

“Kita tandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dulu. Kita bagi komitmen bahawa peratus hutan tidak kurang daripada 50 peratus. Sekarang kita ada 54 peratus.



“Sebab itu kita benarkan lagi pembangunan ladang kelapa sawit di kawasan hutan orang pergi tebang hutan tanam kelapa sawit,” katanya kepada pemberita di Morib, Selangor hari ini.

Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) melarang ladang kelapa sawit yang ditubuhkan selepas 31 Disember 2019 daripada membersihkan hutan semula jadi.

Dia turut memberi amaran akan menarik balik MSPO kepada kilang yang masih membeli kelapa sawit dari ladang yang dibuka di kawasan hutan.

“Kalau dia nak buat juga kelapa sawit itu tidak boleh dibeli oleh kilang. Kalau kilang beli juga dia akan hilang MSPO,” katanya.



Dia tidak menyebut mana-mana projek secara khusus.

Bagaimanapun, Malaysiakini hari ini melaporkan Pure Green Development Sdn Bhd mengemukakan penilaian impak alam sekitar (EIA) dua bulan yang lalu untuk membangunkan ladang kelapa sawit di kawasan hutan di daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Projek ini menimbulkan kontroversi. Selain kesan terhadap hutan, kebimbangan turut timbul dalam EIA mengenai potensi banjir dan gangguan bekalan air semasa musim kemarau.

Pure Green Development dimiliki oleh adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.



EIA itu juga mendedahkan syarikat berbeza yang dimiliki oleh sultan sedang membersihkan hutan di kawasan bersebelahan.

Sementara itu, Johari berkata, kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mengkaji penggunaan teknologi RT-ECO iaitu Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) dalam memastikan kemampanan pengeluaran sawit negara.

Katanya, teknologi rawatan efluen daripada Singapura itu sesuai dalam memenuhi permintaan pasaran berhubung pemeliharaan alam sekitar.

RT-ECO dikendalikan oleh syarikat Merujaya POME Solutions Sdn Bhd menggunakan teknologi elektrokimia dalam menapis efluen sawit dalam memastikan sisa yang dihasilkan ketika pengeluaran selamat dan boleh digunakan semula oleh kilang, sekali gus mematuhi standard kemampanan dunia. Mk



Kita tak benarkan tanam sawit di kawasan hutan – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)



Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker