Ismail Sabri berjaya selesaikan peruntukan MP pembangkang, bukan macam kerajaan sekarang – Hassan
Luar biasa tadbir negara, Umno, BN perlukan Ismail Sabri, kata Hassan
Ismail Sabri berjaya selesaikan peruntukan MP pembangkang, bukan macam kerajaan sekarang – Hassan
Seorang Ahli Parlimen PKR menyifatkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai pemimpin baik yang diperlukan Umno serta Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata ini kerana bekas naib presiden Umno itu berjaya mentadbir negara ketika menjadi perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022, menyaksikan pelbagai masalah diselesaikan seperti peruntukan wakil rakyat pembangkang.
Menurutnya, isu menjadi polemik kini itu diselesaikan dengan mudah oleh Ismail yang sebagai peguam sentiasa ingin menegakkan keadilan, tercermin dalam pelaksanaan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen dipilih rakyat tanpa mengira dari kerajaan atau pembangkang.
Semoga Sabri (nama panggilan Ismail Sabri) terus memimpin. Saya bukan berkempen tetapi saya rasa Umno dan BN memerlukan pemimpin baik sepertinya, katanya di Facebook.
Menyifatkan pentadbiran Ahli Parlimen Bera itu sebagai luar biasa, Hassan berkata suasana politik negara juga tenteram termasuk kejayaan pindaan dua Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, selain itu pindaan Perkara 49(A) Perlembagaan Persekutuan, dipanggil Akta Anti Lompat Parti, dibantu menteri undang-undang ketika itu Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kini Yang di-Pertua Negeri Sarawak).
“Semasa Sabri menjadi perdana menteri, sistem kehakiman berjalan bebas dan penuh berwibawa. Tiada tokoh-tokoh besar politik yang diberi hadiah pelepasan secara DNAA (melepas tanpa membebaskan).
Di bawah PM ke-9 ini yang dilihat lemah dan longlai bila dia berjalan kita dapat saksikan jika mahkamah memutuskan orang yang dituduh itu bersalah dan dihukum penjara maka keputusan mahkamah itu dilaksanakan walaupun tertuduh itu seorang bekas perdana menteri dan mantan presiden parti yang ada anggota lebih tiga juta orang, katanya.
Menurutnya, walaupun berbeza parti namun namun Hassan berbangga melihat pencapaian Ismail sebagai perdana menteri yang juga bekas anak muridnya di sebuah kolej di Kuala Lumpur.
Beliau turut mengakui cuba membawa masuk Ismail dalam Partai Rakyat namun telah ditolak oleh anak kelahiran Kampung Lubuk Kawah di Temerloh itu yang terpikat dengan Umno.
Jika beliau menjadi anggota Partai Rakyat mungkin Sabri tidak menjadi perdana menteri kesembilan, katanya. FMT
Ismail Sabri berjaya selesaikan peruntukan MP pembangkang, bukan macam kerajaan sekarang – Hassan
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’