Fazura bagi ‘hint’ lagi?

‘Semuanya hanya anda sendiri’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

PELAKON Nur Fazura terus mengundang perhatian ramai apabila memuat naik petikan kata-kata berkaitan sabar dalam Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkongsi petikan bahawa kesabaran adalah jawapan untuk segala perkara.

Sabar adalah jawapan. Jadi, sentiasalah bersabar,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, bintang filem Pisau Cukur itu turut memuat naik hantaran lain tentang hanya diri sendiri sahaja yang mampu menempuh setiap dugaan mendatang.

Kebenaran yang kurang selesa. Pada akhirnya, anda akan sedar bahawa tiada orang lain yang boleh menyelamatkan, memahami sedalam-dalamnya dan ada di sisi setiap masa.

“Tiada orang lain dapat mengatasi pemikiran berat melainkan anda sendiri. Semuanya hanya anda sendiri,” kongsinya lagi.

Dalam perkongsian sama, dia juga turut menyatakan cinta sejati hanyalah terhadap Tuhan.

Anda dan Allah SWT #cintasejati,” ujarnya.

Meskipun hanya perkongsian secara rawak, ramai membuat andaian berkaitan rumah tangganya dengan pelakon, Fattah Amin yang kini hangat menjadi bahan bualan dalam media sosial.

Baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu mengundang bualan ramai apabila memuat naik sedutan persembahan Adele menyanyikan lagu Love In The Dark ketika menonton persembahan bintang antarabangsa itu di Munich, Jerman bulan lalu.

Terdapat juga sedutan babak daripada filem Crazy Rich Asians menunjukkan watak Astrid Leong lakonan Gemma Chan yang akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Michael Teo.

Dakwaan pergolakkan rumah tangga Fazura dan Fattah mula timbul apabila kedua-duanya tidak lagi memuat naik gambar bersama dalam media sosial.

Mereka bagaimanapun tampil menangkis dakwaan tersebut dan menyatakan mereka sengaja berbuat demikian demi menjalani hidup lebih privasi.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 serta dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. HG

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul

Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker