Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial

Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial

Selepas sebulan ‘menyepi diri’ daripada mengemaskini hantaran baharu dalam Instagram (IG), pengarah sensasi, Syamsul Yusof muncul semula dengan memuatnaik beberapa foto, baru-baru ini.

Lebih menarik, antara foto dimuatnaik Syamsul, 40, memaparkan penampilan terkini dirinya yang kemas memakai kemeja lengan panjang berwarna hijau gelap dan berambut pendek.



Dua lagi foto lain dikongsikan pengarah filem Munafik ialah bersama pasukan kerjanya di pejabat dalam bilik mesyuarat dan gambar kereta Ferrari yang berwajah baharu.

Meninjau di ruangan komen, mendapati rata-rata komen diterima Syamsul sangat positif di kalangan rakan artis dan pengikut media sosial.

“Hidup hidup, bangkit bangkit,” tulis seorang wargamaya.

“Tak nak bikin filem genre ala-ala ‘psiko’ macam Joker ke, bro…,” kata seorang lagi netizen.



“Lama tak lepak. Along makin muda, haha,” tulis seorang pengguna media sosial.

Kebanyakan komen ditinggalkan itu turut menyertakan emoji ‘api’ buat Syamsul yang mungkin boleh digambarkan sebagai pembakar semangat baharu buatnya.

Tidak hanya Syamsul, isterinya, Ira Kazar juga kini semakin aktif mengemaskini Instagram Story (IGs) dengan memuatnaik hantaran seperti bersama keluarga, lokasi tempat makan dan video motivasi diri.

Ternyata, di kala perkahwinan dibina lebih setahun lalu kini di ambang perpisahan, kedua-duanya bertindak positif dengan perkongsian foto dan video dalam media sosial masing-masing.



Pada 27 Ogos lalu, Syamsul dan Ira yang sepatutnya hadir ke mahkamah untuk prosiding perceraian tidak muncul berikutan Ira dimaklumkan baru melantik peguam mewakilinya.

Sehubungan itu, sebutan kes perceraian pasangan popular itu terpaksa ditangguhkan sehingga tarikh baharu iaitu 25 September depan bagi kedua-duanya menghadirkan diri.

Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 19 Ogos lalu.

Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, mengesahkan alasan pasangan itu ingin bercerai kerana sudah tiada kesefahaman.



Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan ia diumumkan sendiri oleh Syamsul menerusi hantaran video yang dimuatnaik dalam akaun IG.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu nekad memfailkan perceraian, sebelum akhirnya bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. BH

Syamsul, Ira Kazar ‘bersaing’ dalam media sosial



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker