Menteri Agama minta husnuzon dengan Raja Bomoh

KUALA LUMPUR: “Kita tidak tahu apa masalah dia, kita husnuzon”.

Itu reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika diminta mengulas berhubung perbuatan Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin.

“Kalau tuan, puan ingat dia (Ibrahim) pernah dituduh sebelum ini tetapi dia kata nak bertaubat, tapi ini dia buat balik.



“Saya selalu sebut, Islam agama atas dasar nasihat-menasihati. Kkita tidak mahu ‘judgmental’ (menghukum). Kita tidak tahu apa masalah orang itu.

“Oleh itu saya minta untuk panggil raja bomoh ini dan berbincang supaya kita boleh terangkan kepada dia dari sudut mana perbuatan dia itu salah dari akidah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menyampaikan sumbangan kepada penduduk Taman Bunga Raya, di sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh 22 Ogos lalu.

Mohd Na’im berkata, pihaknya masih belum menerima laporan penuh berhubung isu itu selepas mengarahkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan uuntuk memanggil Ibrahim kelmarin.



Katanya, Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang mengikut Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

“Untuk tindakan penguatkuasaan itu JAWI akan buat. Jika ada kesalahan di bawah akta di mana bahagian penguat kuasa dapati berlaku, maka tindakan akan diambil.

“Bermakna, kita akan beri nasihat dan pada masa sama bahagian penguat kuasa akan jalankan siasatan,” katanya.

Kehadiran Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan di tempat kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, di sini pada Rabu.



Ibrahim memaklumkan kehadirannya untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih belum ditemui.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker