Jangan tohmah, fitnah institusi raja dalam isu politik – Sultan Selangor

Jangan tohmah, fitnah institusi raja dalam isu politik – Sultan Selangor

Sultan Selangor menegaskan institusi raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan dan fitnah berkaitan isu politik.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan pihak tertentu tidak meracun fikiran rakyat dengan unsur negatif terutama isu 3R (kaum, agama, raja) dalam menegakkan pemerintahan berkonsepkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.



“Institusi raja tidak sepatutnya diheret dengan tohmahan dan fitnah yang berkaitan dengan isu-isu politik.

Institusi Raja adalah ‘above politics’ (di atas politik), oleh itu sebarang bentuk teguran dan kritikan terhadap pemerintah serta institusi raja seharusnya disuarakan melalui saluran betul dan dilaksanakan secara berhemah, titahnya sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Sultan Sharafuddin bertitah budaya negatif itu masih diamalkan sebahagian daripada pemimpin dan ahli politik di sebalik kekerapan baginda memberi nasihat berhubung perkara terbabit.

“Beta tidak akan jemu untuk terus menasihati seluruh rakyat agar sentiasa memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat.



Segala perbezaan antara kaum, agama dan fahaman politik janganlah dijadikan penghalang bagi rakyat Malaysia memberikan taat setia kepada negara, titahnya.

Baginda turut menggesa perbezaan itu sepatutnya dijadikan resepi mewujudkan masyarakat majmuk bersatu padu dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Usaha-usaha hendaklah dilakukan dengan berhemah bagi mengadakan program-program yang boleh merapatkan semula jurang pemisah demi mengikis segala prasangka buruk di jiwa sebahagian rakyat negara ini, katanya.

Titah itu menyusul tiga hari selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang kerana mengeluarkan perkataan menghasut pada kempen PRK Nenggiri.



Kenyataan menghasut pada 14 Ogos itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15 bagi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri walaupun dikatakan mempunyai 115 sokongan daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Presiden Bersatu itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. FMT

Jangan tohmah, fitnah institusi raja dalam isu politik – Sultan Selangor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker