Projek tambahan RM100 juta diagihkan kepada kontraktor Bumiputera G1-G4

Projek tambahan RM100 juta diagihkan kepada kontraktor Bumiputera G1-G4

KLUANG: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM100 juta awal bulan ini, untuk menyelenggara jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung bagi memperkasa Kontraktor Bumputera G1-G4.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata peruntukkan itu termasuk pecahan RM70 juta untuk Berkala Pavemen untuk 79 kerja penyelenggaraan) dan RM30 juta untuk Berkala Bukan Pavemen untuk 200 kerja penyelenggaraan.



“Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan tambahan penyenggaraan jalan persekutuan seluruh Semenanjung Malaysia bagi memperkasa Kontraktor Bumputera G1-G4.

“Bagi Zon Selatan, sebanyak 18 kerja Berkala Pavemen bernilai RM15.06 juta ditawarkan dengan Johor 10 kerja (RM8.05 juta), Melaka 2 kerja (RM1.61 juta) dan Negeri Sembilan 6 kerja (RM5.4 juta).

“Kerja-kerja penyenggaraan jalan Berkala Pavemen melibatkan kerja pembaikan turapan dan struktur jalan yang rosak menggunakan pelbagai teknik yang bertepatan dengan jenis kerosakan seperti mill & pave, overlay, pembinaan semula struktur jalan (reconstruction) dan menurap semula turapan jalan.

“Manakala bagi Berkala Bukan Pavemen, sebanyak 36 kerja bernilai RM6.5 juta ditawarkan. Pecahannya ialah Johor 19 kerja (RM3.7 juta), Melaka 6 kerja (RM555,000) dan Negeri Sembilan 11 kerja (RM2.245 juta),” katanya dalam satu kenyataan.



Terdahulu beliau merasmikan Majlis Cabutan 54 Kerja Penyelenggaraan Jalan Zon Selatan Bernilai RM21.56 juta untuk Kontraktor Kecil Bumiputera G1 – G4 di Dewan Serbaguna JKR Kluang, Jalan Sentosa di Taman Idaman, di sini hari ini.

Beliau berkata, Penyelenggaraan Berkala Bukan Pavemen melibatkan kerja-kerja pembaikan aset-aset jalan selain daripada struktur dan turapan jalan seperti mengecat garisan jalan, penyenggaraan jambatan, membaiki longkang, membaikpulih papan tanda, membaiki penghadang jalan dan sebagainya.

Katanya, perlantikan kontraktor secara cabutan undi ini dikhususkan kepada Kontraktor Bumiputera Gred G1 – G4 yang layak samada dari segi rekod prestasi dan mempunyai pendaftaran lesen yang masih sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan berdaftar mengikut had nilai kerja yang disenaraikan.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memantau kualiti kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor dan penilaian tersebut akan dijadikan asas sama ada kontraktor berkenaan layak untuk dipertimbangkan dalam proses pemberian kerja di masa hadapan.



“Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap agar semua kontraktor yang terpilin melalui cabutan undi ini akan memberikan penekanan kepada aspek mutu kualiti terutama dari segi mengikuti spesifikasi standard yang ditetapkan, kos dan masa, serta mengutamakan keselamatan di kawasan kerja.

“KKR melalui JKR tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan kualiti kerja pembinaan dan penyenggaraan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selaras dengan hasrat Program MY Jalan KKR,” katanya. BH

Projek tambahan RM100 juta diagihkan kepada kontraktor Bumiputera G1-G4

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker