Kalau lambat kata kita lembab – Razarudin
Polis tidak tergesa-gesa siasat Muhyiddin - Razarudin
Kalau lambat kata kita lembab – Razarudin
KUALA KRAI: Polis menafikan dakwaan BERSATU siasatan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikatakan menyentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, dilakukan secara tergesa-gesa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya sudah mengumumkan membuat siasatan apa-apa kes dalam tempoh tujuh hari, manakala arahan pertuduhan pula datang dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Sebelum ini, kita sudah beritahu akan tunjukkan prestasi kita dalam tujuh hari. Tiada kena- mengena tergesa-gesa. Kalau kata hari ini siasat, esok tuduh, mungkin tergesa-gesa.
“Dalam masa tujuh hari itu, mungkin siasatan habis dalam masa empat hari dan AGC pula akan ambil masa satu atau dua hari pula atau 24 jam sahaja rakam keterangan dan arahan tuduh daripada AGC.
“Tidak timbul isu tergesa-gesa, tapi memang ambil masa yang tetap. Kalau lambat nanti orang kata kita lembab. Bila cepat, kata tergesa-gesa pula,” katanya selepas merasmikan program Peluncuran Kampung Angkat MADANI Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Jenal, Dabong, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyatakan pendakwaan ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Menurut Ahmad Faizal, tindakan menyatakan fakta, terutama berkaitan Perlembagaan Persekutuan, tanpa kecenderungan menghasut tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghasut.
Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di FELDA Perasu, 14 Ogos lalu. BH
Kalau lambat kata kita lembab – Razarudin
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.