Remaja OKU dirogol kenalan aplikasi cari jodoh

Remaja OKU dirogol kenalan aplikasi cari jodoh

AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai merogol remaja kurang upaya (OKU) yang dikenali menerusi aplikasi cari jodoh dalam kejadian di Taman Saga, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 36 tahun.



“Menurut pengadu, ketika berada di rumahnya di Taman Saga, dia bertanyakan kepada mangsa berkaitan kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu yang tidak berfungsi.

“Mangsa yang juga OKU kategori ketidakupayaan intelektual berusia 16 tahun kemudian memaklumkan suspek datang ke rumah dan merogolnya tanpa rela,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya, pihak polis menahan seorang buruh berusia 24 tahun yang juga kenalan kepada mangsa dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di rumah suspek di Subang jam 10 malam, 21 Jun lalu.

“Hasil ujian awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah. Suspek direman lima hari bermula 22 Ogos lalu sehingga hari ini dan akan disambung reman.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya. BH

Remaja OKU dirogol kenalan aplikasi cari jodoh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana



Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker