Muhyiddin akan didakwa esok

Muhyiddin akan didakwa esok

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat selepas dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dijangka didakwa esok.

Proses pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dibuat di Mahkamah Gua Musang.

Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya Tan Sri Muhyiddin akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata setakat ini polis sudah mengambil keterangan 66 saksi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Berikutan itu pada 19 Ogos, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R.

Rabu lalu Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU menyerahkan beberapa dokumen kepada polis sepanjang tempoh sejam memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R.

Proses itu dilakukan di pejabat bekas Perdana Menteri itu yang terletak di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). BH

Muhyiddin akan didakwa esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker