Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal

Abdul Hadi Awang hari ini mengaitkan sifat para sahabat Rasulullah SAW dalam menerima teguran berbanding sesetengah pihak yang dianggapnya melenting apabila dilabel sebagai Dajal.

Masih kekal dengan anggapannya bahawa kerajaan pusat lebih teruk daripada Dajal, Presiden PAS itu berkata, musuh politiknya mengumpul segala sifat jahat yang ada termasuk berbohong, menindas dan mengugut.

Katanya tindakan tersebut ibarat pekung yang besar dan tidak dapat disembunyikan dengan tapak tangan.

Sepatutnya, kata Abdul Hadi, pihak terbabit bermuhasabah diri sebelum mereka dihisab pada hari akhirat nanti.

“Para sahabat terdahulu tidak marah, malah jauh sekali (daripada) melenting tanpa waras apabila dituduh bersifat jahiliah atau munafik.

“Sebaliknya, mereka melakukan muhasabah diri; adakah sifat-sifat tersebut berlaku pada diri mereka,” katanya dalam hantaran baru di media sosial hari ini.

Pada 23 Ogos lalu Abdul Hadi melabel Umno sebagai Dajal kerana meneruskan agenda kebendaan bagi menegakkan kerajaan.

“Ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada Dajal,” kata Abdul Hadi.

Dia yang juga bekas duta khas bertaraf menteri mendakwa Umno “membeli rakyat dengan wang dan kebendaan” untuk mengawal negara.

Bagaimanapun Umno menafikan tuduhan tersebut dan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, menganggap PAS adalah Dajal sebenar.

Menurut Abdul Hadi keadaan berbeza pada PAS kerana parti itu mendidik pemimpin serta ahlinya agar sentiasa berdisiplin termasuk sabar sementara menanti kemenangan tiba.

Bahkan ahli parlimen Marang itu menggunakan analogi “kura-kura hijau yang luar biasa ” untuk menggambarkan keadaan pemimpin dan ahli PAS.

“PAS mentarbiah para pemimpin dan ahlinya agar berdisiplin terhadap diri dan parti sendiri walaupun lambat perjalanannya mencapai kemenangan, laksana kura-kura hijau yang luar biasa,” katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, adalah lebih baik menjadi kura-kura yang keras kulitnya dan susah dimakan oleh anjing atau serigala, tetapi segera menyorokkan kepalanya bagi menyelamatkan diri.

Tambah Abdul Hadi, walaupun lambat sampai ke destinasi, kura-kura luar biasa itu tidak mengantuk atau berhenti dalam perjalanan.

Keadaan itu, katanya, jauh lebih baik berbanding menjadi arnab yang terdedah kepada terkaman anjing, selain gopoh sehingga termasuk ke dalam perangkap pemburu.

“PAS tidak boleh menerima pemimpin yang suka berbohong dan suka bersumpah, malah tersasul dalam kenyataannya sehingga mendedahkan apa-apa yang tersirat lain daripada yang tersurat,” katanya. Mk

Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana

Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker