Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
RATU kontroversi. Barangkali itu jolokan paling tepat sebagai gambaran keseluruhan, bagaimanakah gerangan si aktres sensasi bernama Fatiya Latiff. Saban tahun, namanya tidak pernah tersasar daripada algoritma kontroversi.
Dihentam, dikecam, dibuli bertalu-talu dari setiap sudut oleh netizen, namun sedikit pun tidak tembus ke dalam jiwa pemilik nama lengkap, Nur Fathia Abdul Latiff itu.
Jiwa wanita berusia 37 tahun itu sudah cukup kebal. Persetankan apa kata orang adalah perisai utamanya. Malah, jika tersilap diserang, serangan balas akan dilancarkan kepada netizen.
Tahun ini sahaja, pelbagai kontroversi tercipta olehnya sehingga menaikkan suhu termometer industri hiburan tempatan.
Bermula dengan menyamakan wajah seorang aktres popular persis bibik, berbalah dengan ibunya, menanggalkan hijab dan terbaharu obsesinya terhadap rawatan suntikan wajah, semua itu menjadi sorotan ramai.
Namun, kata pelakon yang pernah mencetus fenomena menerusi drama bersiri Ariana Rose itu, dia tidak akan melenting andai tidak diusik.
Satu yang saya lihat pembuli siber ini tak boleh terima bila mereka pula dibuli. Itu apa yang saya cuba lakukan.
“Kadang-kadang saya cuma bergurau dalam media sosial, tetapi mereka balas dengan gurauan yang agak kasar juga.
“Tetapi saya bukanlah seorang yang negatif. Saya akan redakan keadaan apabila situasi semakin tegang,” katanya.
Alami depresi
Ramai yang mengaitkan kelakuan peliknya sejak akhir-akhir ini dengan masalah kesihatan mental dan perihal tersebut diakuinya. Dia bahkan mendedahkan ada berdepan depresi.
Selepas kejadian-kejadian kontroversi yang melanda hidup saya dahulu, saya ada buat pemeriksaan doktor dan didiagnos mengalami major depression.
“Saya berjumpa doktor setiap dua minggu untuk mendapatkan rawatan. Setiap hari saya kena ambil ubat
“Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan, kehidupan saya sekarang semakin baik. Saya lebih tenang dan yang paling penting, sudah boleh kembali bekerja,” kongsinya.
Terbaharu, Fatiya dipilih penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima untuk membintangi dua drama terbitannya, Jangan Tinggal Abang Dek (JTAD) dan Cinderella Jadian.
Bergaduh dengan ibu
Buat Fatiya, tiada apa yang lebih disesali saat ini selain daripada pernah bergaduh dengan ibu kandung dan berkongsi video perbalahan mereka dalam media sosial satu ketika dahulu.
Lentur Fatiya, dia tidak sepatutnya menyebarkan video berkenaan dan sangat menyesali perbuatan tersebut.
Depresi yang saya alami sangat teruk sehingga saya sanggup memuat naik video itu. “Sebenarnya saya sangat malu dengan video itu tersebut. Malu sangat.
“Saya kelihatan sangat bodoh dalam video tersebut. Tergamaknya saya buat begitu kepada ibu dan bapa sendiri.
“Ketika itu juga saya tersedar bahawa saya perlukan pertolongan dan saya minta ubat agar tidak terus bertindak di luar kawalan.
“Saya berharap khalayak faham keadaan saya ketika itu. Saya sendiri cuba memaafkan diri saya sekarang,” katanya sambil mengesat air mata.
Mujur kata Fatiya, hubungan dengan ibu bapanya kini kembali harmoni.
Alhamdulillah, mereka sentiasa menyokong, beri saya kelonggaran untuk buat apa yang saya nak kerana mereka tidak mahu saya kembali stres.
“Dahulu, saya pernah dihantar ke pusat pemulihan selama tiga bulan gara-gara perangai kuat berparti sehingga tak boleh nak dikawal. Kini saya lebih banyak luangkan masa dengan keluarga,” ujarnya.
Terharu sokongan ramai
Kendatipun ada sahaja kontroversi bersilih berganti, Fatiya cukup terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada sahabat-handai, keluarga dan teman media terhadapnya.
Air mata terus membasahi pipinya tatkala bercerita tentang sokongan daripada insan-insan yang tidak berpaling daripadanya.
Rakan-rakan selebriti terutamanya yang senior, mereka sangat gembira apabila tahu saya kembali berlakon. Antara yang sangat menyokong saya sudah tentulah Erma Fatima, Rozita Che Wan dan Uqasha Senrose.
Saya bersyukur kerana tiada yang berpaling atau menjauhkan diri biarpun saya seringkali terkait dengan kontroversi.
“Mereka tetap nak berkawan dengan saya. Itu yang membuatkan saya tersentuh. Saya nampak keikhlasan mereka.
“Ramai juga yang menghubungi saya meluahkan kerisauan dan menangis mengenangkan nasib yang menimpa saya.
“Saya sangat-sangat terharu dengan sikap peduli mereka. Kasihan mereka kerana risaukan saya,” katanya mengakhiri perbualan. HG
Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
Baca Artikel Menarik:
- MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang
- Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama
- UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
- Wanita berpayung ketuk pintu rumah minta RM100
- Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah
- UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
- China beri amaran keras kepada negara yang terima lawatan Dalai Lama
- Dafi tak sentap dibahan netizen
- Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela
- Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis
- Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia
- Terdapat cek dimasukkan dalam akaun Wan Saiful – Saksi
- Yasin sengaja tanam 140 pokok kanabis, ganja – Hakim Mahkamah Tinggi
- Ular tedung selar sambut jemaah di surau
- Peringatan Darurat Garuda Biru
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen