Penghuni Flat Malayan Mansion tak lena tidur kerana kejadian tanah jerlus di Masjid India
KUALA LUMPUR: Penghuni 160 unit kediaman Flat Malayan Mansion, Jalan Masjid India, di sini, kini tidak lena tidur kerana bimbang akan keselamatan mereka berikutan lokasi kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu terletak tidak sampai 50 meter jarak dari tempat tinggal itu.
Tambahan pula, keadaan cuaca hujan lebat sejak beberapa hari lalu dikhuatiri akan menjejaskan lagi struktur tanah di kawasan terbabit.
Penghuni, Suraya Syakila Abdullah, 57, berkata setakat ini penduduk tiada menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan bangunan kediaman mereka, dan beliau sendiri juga tidak bercadang untuk berpindah kerana yakin kawasan itu masih selamat.
“Kejadian tanah jerlus itu memang merisaukan, lebih-lebih lagi ia adalah insiden kedua di lokasi sama.
“Saya masih ingat kejadian pertama yang berlaku beberapa tahun lalu turut menyebabkan kawasan ini kecoh sekejap, namun nasib baik tiada sesiapa tercedera ketika itu,” katanya yang telah menetap di flat berkenaan sejak 30 tahun lalu, ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Dianggarkan terdapat lebih 800 penghuni di Flat Malayan Mansion setinggi lapan tingkat itu, dengan kebanyakannya adalah warga tempatan.
Seorang lagi penduduk hanya mahu dikenali sebagai, Vinda, 42, berkata beliau menyewa di flat itu sejak setahun lalu untuk mudah berulang-alik ke tempat kerja di sebuah premis menjual pakaian di kawasan itu.
“Saya baru tinggal di sini sejak setahun lalu dan buat masa ini, tidak bercadang untuk berpindah tetapi berharap keadaan di sini selamat dan mangsa dapat dijumpai,” katanya.
Jumaat lalu, seorang pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India kira-kira jam 8.20 pagi. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- MAS dilanda krisis keyakinan, kerajaan perlu hindar insiden berulang
- Lepas puas gaduh, Shuk, Fara tunai umrah bersama
- UMNO cadang SRA, SMA, SMKA laksana Program Ulul Albab
- Wanita berpayung ketuk pintu rumah minta RM100
- Wanita gigit hidung jiran kerana bunyi bising ubah suai rumah
- UMNO tak akan berhenti dapatkan keadilan untuk Najib – Zahid
- China beri amaran keras kepada negara yang terima lawatan Dalai Lama
- Dafi tak sentap dibahan netizen
- Teori dakwa Jho Low ialah ‘bayangan’ Najib hanya fiksyen tanpa bukti – Peguam bela
- Dera, liwat pelajar tahfiz, 5 ditahan polis
- Pendang rekod kes dadah paling serius di Malaysia
- Terdapat cek dimasukkan dalam akaun Wan Saiful – Saksi
- Yasin sengaja tanam 140 pokok kanabis, ganja – Hakim Mahkamah Tinggi
- Ular tedung selar sambut jemaah di surau
- Peringatan Darurat Garuda Biru
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen
Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily